KENTANG

Kentang Bakar & Sos Cendawan

10:12 AM

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum.Alhamdulillah 2 hari lepas ada orang hantar tangki air bersama tong. Walaupun kecil tongnya, walaupun airnya tak berapa nak bersih, tapi alhamdulillah ada daripada takde langsung. Hujan masih belum pun turun. Hubby kata mau sebulan takde air di sini. Hari ni baru masuk hari ke 10, lagi 1/2 bulan weiii. Akak jiran aku ni tido di Miri hujung minggu ritu & katanya seronok dapat mandi dalam hotel. Aku ni mandi ala kadar je. Macam orang bercinta, mandi tak basah, makan tak lalu..Ewahhh, padahal air takde..Cehh.. Kebetulan semalam keluar bandar Bintulu, jadi beli Sugar Bun sahaja untuk dinner. Balik dah penat, nak kena masak tu tak kisah tapi air xde tu yang aku kisah.wuuuu..

Lupakan soal air, mesti korang bosan baca aku bebel pasal air aja dari entri minggu lepas (ade ke org nak baca blog ko mel oii). Aku kalau tengok Jamie Oliver masak, main campak2, bila dah habis rancangan..mak aiii cantik betul hidangan dia.. Jeles aku yang tak pandai nak deko2 ni. Ritu pada mulanya nak makan daging bakar yang pernah buat dulu bersama dengan sos cendawan. Tapi selera ni nak kentang bakar juga. Ku layankan saja. Dapatlah sepinggan daging & kentang bakar dengan sos cendawan.. Licin aiii makan u cicah dengan sos ni. Tang kentang tu paling aii suka..Sedap diratah..hihi

Kentang Bakar
Resepi: mel 

Bahan-bahan 
3-4 bj kentang - dibersihkan tanpa dibuang kulit
Air 

Cara-cara
1. Rebuskan kentang dalam seperiuk air hingga tenggelam.
2. Setelah lembut, angkat & toskan. Cucuk guna lidi/garfu untuk memeriksa kelembutan.
3. Potong kentang yang telah direbus mengikut saiz kegemaran anda. Tak perlu buang kulit.
4. Panggang kentang di atas tempat pembakar hingga keperangan.

**Pada mel, lagi lama atas pembakar, lagi sedap yang hangit2 tu**


Sos Cendawan
Resepi: kak fida

Bahan-bahan ( 4-6 orang )
2 sb mentega*
1-2 biji bawang besar* - didadu
1 sb mentega
1 sb tepung gandum
100 ml air rebusan daging - mel ganti air+kuib ayam
2 sb tomato paste - mel ganti sos tomato
1/2 sk serbuk lada putih/hitam

1 sb kicap masin
2 sb kicap manis
100 ml susu cair/fresh cream
150 g cendawan butang dlm tin -
mel ganti sos carbonara Prego + hirisan shiitake
1 sk hirisan daun basil/selasih - ganti daun ketumbar
garam secukup rasa - xletak

Cara-cara
1. Tumis bahan bertanda * hingga layu dan angkat dan ketepikan.
2. Di dalam kuali yang sama,panaskan mentega dan masukkan tepung gandum dan kacau.Kecilkan api.
3. Kemudian masukkan kesemua bahan2 yg lain juga bawang goreng tadi dan kacau hingga sebati.
4. Siap untuk disajikan dengan steak daging,ayam atau burger panas2.

You Might Also Like

1 comment