Sewing

Diy: Kitchen Towel

2:15 PM

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Kitchen towel dalam rumah ni ada yang berpenyangkut & ada yang tidak. Yang berpenyangkut, agak kasar kainnya jadi jarang guna. Yang tak berpenyangkut ni selalu guna & letak atas kerusi saja. Kasihan hubby kadang2 tak jumpa kain nak lap tangan basah. Rajinkan diri malam tadi menjahit sedikit special untuk dia.

Sebenarnya bila buat begini, penjimatan boleh dilakukan. Tak yah beli dah. Aku guna kain perca saja. Riben tu pun lebihan dari jahit tudung adik aku dulu. Tualanya saja ku beli (itupun dah lama). Jadi kalau ada lebihan kain time menjahit tu, simpan2 la. Mana tahu ada idea muncul lepas tu..Kan dah jimat. Oleh sebab malam tadi kepala aku sakit, nak tido awal, jadi aku tak buat ukuran pun, main jahit ikut saiz span bahu tu je.


1. Jahit dari dalam kedua-dua kain perca bersama span bahu & reben penyangkut. Lipat dibahagian tengah tuala mengikut lebar span.
2. Cantumkan kesemua bahagian.


Akhir sekali bolehlah deko guna riben yang anda suka. Kerja kelam kabut, jadi hasil tak seberapa. Alhamdulillah hubby suka! Lepas ni bolehlah beli tuala cantik sikit, jahit kemas sikit dan jadikan hadiah untuk rakan2. InshaAllah.

You Might Also Like

5 comment

  1. buat sendiri? kalau hana, hana beli..hehe malas nak buat. tapi hana suka tengok org buat

    ReplyDelete
  2. well done!! kalau dah tangan tu kreatif, Mel, memang menjadi aje. Pasni boleh cantum2 towels jadi beach mat! Eh, sana jauh ke dekat dengan pantai?

    ReplyDelete
  3. hana hadi:- kalau tengok orang lain buat, seronok je. Jadi try sendiri buat. puas hati la sikit.

    Kak lin:- Adalah dalam sejam lebih nak ke pantai. mel ni duk dalam hutan kak lin..hihi. Sorry la mel tak boleh nak komen dalam blog kak lin.Bila tekan tak kuar ape2 pun..sorry ye..

    ReplyDelete
  4. dalam hutan dah la.. kawan ramai tak (selain inche husband)? Blog kak lin tu blog syok sendiri, Mel. Tak de pun expect orang baca. Apatah lagi nak orang komen lol!

    ReplyDelete
  5. Kak Lin:- tak berapa ramai..adala rumah executive 3 bj atas bukit nun depan rumah ni..yang lain rumah pekerja..kawan ngan orang rumah atas tu je..hihi..Dakpe, mel suka je nak komen blog orang..tambah kawan gitu..

    ReplyDelete