RESEPI

Masak Lemak Keladi

10:36 AM

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum.Semalam belajar satu resepi dari pembantu rumah (PR) aku. Dia ni asal orang Indonesia, suku sambas katanya. Walaupun bahasa lebih kurang sama tapi adalah satu dua perkataan yang aku tak paham dia cakap. Contohnya siong iaitu ulas. Katanya di tempat dia, takde orang masak kari. Kali pertama dengar masa kerja di Malaysia. Daun kari mahupun rempah kari pun takde jual. Kalau masak rendang atau masak merah ada katanya. Aku suruh amik pokok keladi belakang rumah nak di masak asam. Katanya tak pernah dengar masakan sebegitu, biasa masak lemak letak ketumbar.

Bila dia sebut ketumbar, terus ku tanya resepi. Hubby tak suka PR masak tapi disebabkan ini resepi dia, jadi aku suruh dia masak. Tapi aku pantaulah. Yang penting kebersihan dijaga. Masa makan aku kasitaulah hubby, PR yang masak tapi dalam pemantauan isteri.  Alhamdulillah katanya sedap! Kaya dengan rasa rempah, lemak & pedas. Sedap dimakan jika dibuat pedas & dimakan panas2. Pokok keladi ni kecil2 batangnya, jadi dapatlah 2 mangkuk. Hubby siap suruh simpan lagi semangkuk untuk keesokan harinya. Sedap la tu kat tekak dia. Syukur alhamdulillah.


Masak Lemak Keladi
Resepi: mel

Bahan2:-
8 batang keladi - bersihkan & potong 
100 ml santan kotak - bancuh dengan 2 cwn air
1 sk serbuk kunyit
1 sk ajinamoto 
Segenggam daun kesum@2 batang - hiris kecil
1/2 helai daun kunyit  hiris kecil
Minyak untuk menumis

Bahan Tumbuk (A):
10 bj cili padi - kurang/tambah ikut kesukaan

Bahan tumbuk (B):-
1 sk biji ketumbar
1 sk jintan manis
2 bj buah keras
2 bj bawang merah
1 ulas bawang putih
1 in halia
1 sk garam

Cara:-
1. Rebus keladi dalam seperiuk air hingga sedikit lembut. Toskan & ketepikan

2. Panaskan minyak & tumiskan bahan tumbuk (A) seketika.
3. Masukkan bahan tumbuk (B). Tumis hingga naik bau.
4. Masukkan santan, keladi dan serbuk kunyit. Kacau sebati.
5. Pabila santan sedikit mendidih, masukkan daun kesum dan daun kunyit. Perasakan dengan garam & ajinamoto.
6. Sedia dihidang.

**Bila ku tanya kenapa tak tumbuk sekali bahan A & B, katanya memang diajar begitu. Jika anda sukakan hidangan ni pekat, maka kurangkan air. Jika suka cair saja, tambahkan air lagi. Kalau suka batang keladi tu keras sedikit, jangan direbus/dimasak lama2.** 

You Might Also Like

3 comment

  1. ohhh...sy pun tak pernah mkn lauk cam tu lg

    ReplyDelete
  2. Salam mel.. betul tu.. perlu pantau, bkn nk bersangka beruk kt org, tp lebih baik berjaga2 kan..
    tun suka makan masak lemak keladiiii.. tp xbape pandai nk siang batang keladi tu.

    ReplyDelete