بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum. Syukur alhamdulillah setelah sebulan ketiadaan air, semalam dah ada air paip.Yeayyy! Dapat mandi sepuas2nya, dapat basuh pinggan sepuasnya & basuh baju yang bertimbun2 dalam bakul. Punyalah banyak baju, selimut & cadar semua sampai 3 trip membasuh rini. Walaupun airnya sedikit bertanah, layankan saja. Itu pun dah cukup baik dari takde air langsung. Orang yang dah bertahun2 alami masalah air tu, lagi parah. Kami yang baru sebulan takde air pun rasa tak lengkap hidup. Alhamdulillah harungi dengan jayanya. :)
Jadi hidangan yang best2 semua tak berapa nak buat sepanjang air xde ni. Makan sardin, ikan bilis, telur, ayam goreng, yang mudah2 saja tanpa melibatkan proses basuh pinggan yang banyak. Tapi sempat juga masak nasi jagung ni, perabih lebihan jagung buat puding jagung minggu sebelumnya tu. Gandingannya sambal ayam bunga kantan yang memang mabeles ritu. Tak buat ayam kasturi macam kak ayu sebab kebetulan nak perabih bungan kantan. Resepi ni untuk banyak orang, jadi pandai2 la adjust ye. Kalau tak tahu nak buat apa tengahari ni, boleh cuba nasi jagung ni. Kalau ada sup kosong atau acar lagi sedap!
Nasi Jagung
Sumber: curlybabesatisfaction
Bahan:-
21/4 kg beras basmathi
Air mengikut padat beras
300 g minyak jagung
1/2 cawan susu cair
1/2 kg jagung (whole kennel corn)
4 helai daun pandan
150 g gajus digoreng & kisar - mel xletak
100 ml air mawar - mel xletak
Jus dari 1 biji limau nipis
garam
serbuk perasa - mel xletak
Bahan Kisar:-
200 g halia
250 g bawang besar
70 g bawang putih
Cara:-
1. Cuci beras hingga bersih dan toskan. Panaskan minyak +(minyak ghee). Tumis bahan2 kisar dan daun pandan. Api sederhana. Bila sudah wangi, curah air mengikut sukatan beras, susu, jus limau, air mawar, jagung dan gajus kisar. Masukkan juga garam + (perasa) dan biarkan ia mendidih.
2. Bila sudah mendidih, masukkan beras dan kacau rata. Tutup periuk rapat2 dan biarkan ia kering dan masak.
3. Enak jika ditabur bawang goreng semasa menghidang dengan lauk pauknya
Sumber: curlybabesatisfaction
Bahan:-
21/4 kg beras basmathi
Air mengikut padat beras
300 g minyak jagung
1/2 cawan susu cair
1/2 kg jagung (whole kennel corn)
4 helai daun pandan
150 g gajus digoreng & kisar - mel xletak
100 ml air mawar - mel xletak
Jus dari 1 biji limau nipis
garam
serbuk perasa - mel xletak
Bahan Kisar:-
200 g halia
250 g bawang besar
70 g bawang putih
Cara:-
1. Cuci beras hingga bersih dan toskan. Panaskan minyak +(minyak ghee). Tumis bahan2 kisar dan daun pandan. Api sederhana. Bila sudah wangi, curah air mengikut sukatan beras, susu, jus limau, air mawar, jagung dan gajus kisar. Masukkan juga garam + (perasa) dan biarkan ia mendidih.
2. Bila sudah mendidih, masukkan beras dan kacau rata. Tutup periuk rapat2 dan biarkan ia kering dan masak.
3. Enak jika ditabur bawang goreng semasa menghidang dengan lauk pauknya
4 comment
Takde air mmg merunsingkan jiwa kan...alhmdulillah air dah kuar ye...nasi jagung ni lemak2 harum..mg sesuai dihidangkan dgn lauk2 berkiah pekat.
ReplyDeleteyayyy!! alhamdulillah.... akhirnya ada jugak air... tadah cepat2 sementara air ada, in case tiba2 wat hal lagi..
ReplyDeletedh lama xbuat nasi jagung. penah buat last year kot,, ke 2 tahun lepas? haha... mmg jarang beli jagung kt umah nih.
ohhh xde air...lama gak tu sebulan...sehari pun rasa susah. Kalau MIL kata xde letrik takpe skit drp xde air...Air adalah kehidupan. Nampak sedap nasi tu...
ReplyDeleteSyukur alhamdulillah Mel dah ada air balik kat sana. Masa tak ada air, hasil masakan tetap kaw2..ni dah ada air mesti lagi2 menjadi2 lah memasak! Thanks for the recipe. Suka suka!
ReplyDelete