Produk

Re-Gen Oil yang berkesan!

10:15 AM


Assalamualaikum. Sudahkah anda mencuba Re-Gen Oil ni? Aku sangatlah suka produk ni. Baru pakai dalam seminggu tapi dah nampak kesan dari hari pertama pakai!

Re-gen oil dirumus khas untuk bekas kulit teregang, parut, kulit kering & kulit bercela. Mengandungi Vit A & E, minyak kalendula, lavender, rosemary & chamomile oils & PCL unutk membantu skin regeneration. Jenuh aku pusing Guardian di Bintulu ni tapi tak jumpa. Habis barangkali. Akhirnya ketemu di Watson dengan harga RM29.90. Harganya yang memang murah & berbaloi untuk dibeli. Setakat ni pakai tak nampak luak pun jumlahnya, memang jimat!

Kulit muka aku jenis kering. Hari pertama cuba produk ni, lembut betul muka. Letak pagi & malam. Baunya pun wangi.  Muka hubby pun aku letak sekali. Biar sama2 licin & lembut muka. Setakat ni kesannya kulit muka lembut & pegang terasa smooth je. Muka aku takde parut sangat, jadi tak tahu berkesan ke tak hilangkan parut. Tapi muka hubby ada kesan jerawat, jadi kena tunggu sebulan dua mungkin baru nampak kesannya. Nantilah aku update lagi hilang ke tak parut tu. Tapi aku yakin dengan produk ni, inshaAllah hilang/pudarlah parut tu nanti. :)


You Might Also Like

2 comment

  1. mcm bio-oil ye.. tun ada beli bio-oil dulu pastu ntah letak ke mane.. hahaha.. mcm2 krim ada nih, tp jenis pemalas nk pakai. x senonoh sungguh. rasa2nya kalau la pakai hari2 segala krim dan oil yg dh beli tu sure dh cantik kulit muka ni haa.

    ReplyDelete
  2. tun_telani:- betul mcm bio oil tapi mel lagi suka pakai yang ini sebab tak rasa berminyak pun..Sama la kita tun, kadang2 malas nak tepek tapi dah beli kena rajinkan diri la..hihi.

    ReplyDelete