Mee | Mihun | Spaghetti | Laksa | Pasta

Mee Bandung Muar

8:21 AM

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Daripada malam tadi sampai sekarang hujan lebat tak berhenti. Langit pun gelap berawan. Syukur alhamdulillah hujan rahmat ni dapat memenuhkan kembali sungai yang kering. Hujung minggu hari tu ke bandar Bintulu. Niat nak membeli ikan bilis di pasar tamu terbatal dek kerana malas mahu bersesak2 mencari parking. Kelihatannya ada pesta, kebetulan pula baru lepas gaji jadi memang penuhlah orang. Mencari freezer pula tak jumpa-jumpa. Dari satu kedai ke satu kedai, hanya ada chest freezer saja. Tiada yang menjual up-front freezer. Barangkali ada jual di Semenanjung saja. Tengoklah macamana nanti, kot2 aku geram, aku beli esbok terus! Esbok sekarang penuh sangat dengan sayur buah semua. Tak cukup tempat. Huh..Sabar saja.

Kita hangatkan suasana hujan pagi ni dengan resepi mee bandung muar ni ye. Aku makan bertambah2. Di saat mood makan nasi ke laut, mee la jadi mangsa. Itupun nasib baik mee siput aku bawa dari Semenanjung ada lagi, kalau tak mau aku bantai mihun kalau bosan makan nasi. Aku guna daging batang pinang, jadi masak tak la lama. Buat terlebih pedas dek kerana cili kering aku beli di Farley (salah satu pasaraya di sini) pedas menyengat. Letak gula lebih sikit, garam semua secukup rasa, wallaaahh memang sedap! Alhamdulillah seperiuk aku masak, licin.


Mee Bandung Muar
Sumber : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan-bahan untuk kuah:
Utk dimesin
5 ~ 6 ulas bawang merah
3 ulas bawang puteh
10 tangkai cili kering ~ dipotong & rebus hingga lembut

segenggam kacang tanah ~ digoreng dan dimesin halus
1 paket udang kering (2 1/2 sudu besar) ~ dimesin bersama kacang tanah
300 gram daging ~ potong nipis
4 biji telur
2 sudu sos tomato
4 sudu sos cili 

Sedikit minyak masak ~ utk menumis
Garam secukup rasa
2 sudu besar gula

air secukupnya
1 ikat sawi ~ dicelur
2 helai daun kubis 

4 batang jagung muda ~ mel x letak
2 bungkus mee kuning ~
mel guna mee siput
limau kasturi ~ optional
daun sup ~ optional
tauhu goreng ~ optional
bawang goreng ~ optional

Bahan-bahan untuk cili jeruk:
~ mel x buat
3 tangkai cili merah ~ dihiris tebal
3 tangkai cili hijau ~ dihiris tebal

sedikit air panas
1 sudu cuka
sedikit garam

Cara-cara:
1. Sediakan dahulu cili jeruk dengan mencampurkan semua bahan2nya & biarkan cili terendam dengan bekas yang bertutup.
2. Panaskan sedikit minyak, dan tumiskan kesemua bahan-bahan yg telah dimesin sehingga naik baunya.
3. Masukkan 3 mangkuk air bersama daging 

4. Setelah daging empuk, masukkan pula kacang tanah dan udang kering yang telah dimesin tadi.
5. Setelah beberapa minit, masukkan sos cili, sos tomato, garam & gula secukup rasa.
Nota Sabrina: ** kalau ikutkan resepi mee bandung Muar yang asli, tak ada letak sos tapi Sab degil.. nak letak gaks.. hehehe Ampun Mak...
6. Kacau rata semua bahan dan kemudian keluarkan daging dari periuk.
7. Pecahkan telur sebiji demi sebiji ke dalam periuk (lebih selamat pecahkan dulu dalam mangkuk lain sebelum dimasukkan ke periuk bimbang jika ada telur yg busuk) dan perlahan kan api dapur. Biarkan sehingga telur masak.
8. Setelah telur masak, masukkan kembali daging yang dikeluarkan tadi.
Nota Sabrina: ** Sab buat macam ni supaya telur tu tak bercampur dengan daging, nanti buruk rupanya.. hehehe
9. Setelah siap semuanya, boleh lah dihidang dengan mee, sayur sawi dan juga cili jeruk. (MaDiHa campurkan sekali sayur2an di dalam kuah selepas telur dah masak.. kemudian barulah masukkan daging)


Nota MaDiHaA : Kepekatan kuah terpulang pada selera individu jadi jumlah air yang dimasukkan ikut keperluan masing2 ye. 

Mel letak air banyak masa tunggu daging empuk. Lepas tu masak lama sikit baru adjust kepekatan nak cair/pekat mana. Sayur semua masuk dalam periuk masa nak hidang.

You Might Also Like

5 comment

  1. mel pegi beli barang hari ahad ye.. tun gi shopping hari sabtu, sbb ahad ramai sgt orang.. sbb tu x penah bertembung. hihi... mee bandung xpenah makan sbb tun x makan daging.. penah buat sekali utk hasben, xtau la rasa ape. hihi.. tp dia kata rasa x sama dgn yg muar nyer.. nnti blh try resepi ni.

    ReplyDelete
  2. tun_telani::-
    sabtu hb xcuti, ahad saja leh g. Memg tak ketemu kita nih..mel tak pernah makan mee bandung muar, jadi tak tahu rasa sama ke tak..Mel kalau tak suka sesuatu, masuk dalam mangkuk hb je..Tun masak & daging tu masuk dalam mangkuk husband tun, xpun kuis2 ke tepi je..Gerenti licin..hihi

    ReplyDelete
  3. Assallamualaikum Mel dan salam kenal ye..
    Datang sini nak tgk mee bandung tu. Mmg fav tapi tak pernah masak sendiri lagi. Selalu order je dari kedai but dah lama rasanya tak makan mee bandung ni sbb tmpt Nadz menetap ni susah sgt nak jumpa mee bandung yg mengancam.. Mee bandung muar mmglah yg terbaik... Love it very much..

    ReplyDelete
  4. freezer kompeni xsediakn ke? kt sabah sediakan...byknya brg smpi peti as pn xmuat..hehe

    ReplyDelete
  5. Nadz Nazharzan:-
    teringin juga merasa mee bandung muar..nanti menyinggah ke sana, boleh try

    Lia:-
    Ada je peti ais besar tapi tak muat la..Daging aku bawa dari Semenanjung banyak sangat, jadi xleh simpan barang pasar banyak macam ayam ikan ke..haruuu

    ReplyDelete