Agama Islam

Terima Kasih Cikgu!

9:40 AM

 
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Ada beberapa tahun lalu aku pernah jadi guru di sebuah sekolah di luar bandar. Bukan pedalaman sangat sebab sejam saja dari bandar. Karenah pelajar macam-macam. Yang dengar cakap, alhamdulillah. Yang bijak tapi malas pun ada, yang malas tapi suka mengampu saja pun ada. Macam-macam la. Yang kurang ajar tak perlu cakap lah.

Bila ada orang tak puas hati dengan kerjaya guru yang katanya banyak cuti, banyak masa terluanglah, aku tak sokong kenyataan itu. Hanya orang yang jadi cikgu saja memahami tugas & cabaran.

Contohnya macam ni, ada sorang manager marah2 kawan hubby aku ni pasal satu ukuran mesin. Dia ni cari satu bandar, siap tanya laki aku lagi tapi tak boleh juga dapat alat yang sesuai untuk mengukur. Hanya dapat caliper saja. Bila kena hambur, dia kata 'Kalau tak caya pergilah ukur sendiri'. Bila dia ukur sendiri, baru tahu tak boleh dapat ukuran. Baru dia diam. Manager dia ni tak tahu bidang technical, kiranya jadi bos besar bukan dari bawah lebih kepada paham bidang pengurusan saja. Jadi apapun tak tahu..Nasib baik kawan hubby aku ni jenis berani & tak suka ikut saja. Kesimpulannya di sini kalau tak pernah jadi cikgu, jangan bicara soal cikgu gaji banyak tapi kerja sikit. Hakikatnya tak begitu.

Dalam banyak perkara masa aku ngajar tu, ada satu kejadian yang buat aku teringat sampai kini. Hati pun rasa sayu je. Ada 1 kelas tingkatan 5 aku ajar, kelas paling corot. Tengah2 aku mengajar, aku tanya paham ke tak, semua angguk. Kemudian aku tanya sorang budak perempuan paling depan sekali, satu soalan di whiteboard.


Ok, apa jawapan kepada soalan ni?

Yang mana cikgu?

Soalan yang .......? (aku baca balik apa yang aku tulis di whiteboard)

Dia diam....diam... (Tercari2 jawapan dalam buku. Sambil mata pandang whiteboard tapi besar kecilkan mata)

Kenapa ye? Dapat tak jawapan? ( Aku ni pakai cermin mata jadi aku perasan dia macam tak nampak bila besar kecilkan mata camtu)

Maaf cikgu, saya tak nampak.

Tak nampak? Awak tak nampak apa yang saya tulis?

Tak cikgu..

Kenapa tak nampak?

Saya rabun cikgu. Sebab tu saya duduk barisan depan.

Kenapa tak beli cermin mata?

Mahal cikgu. Saya tak mampu.

Kamu dapat tak biasiswa?

Tak cikgu.

Nanti kamu ajaklah ayah kamu pergi beli cermin mata. Ada yang murah dalam seratus dua saja ya.

Baik cikgu.


Lepas tu aku pun teruskan saja pengajaran tapi ku terangkan satu2 depan dia. Muka surat berapa, di mana semua ku tunjuk satu2. Dia ni tak pandai membaca, kenal huruf sikit2 saja. Boleh bayangkan tak, dah ting 5, nak ambil SPM tapi tak pandai membaca mahupun menulis. Barangkali disebabkan rabun jadi tumpuan takde. Tapi dia tak kurang ajar, cakap lembut saja. Dialah yang datang rumah aku masa hari raya. Budak tak pandai, tapi reti hormat. Berbanding budak kelas pandai yang aku ajar, tak datang pun masa raya, bila jumpa di luar sangatlah sombong (bukan semua). Itulah perbezaan yang aku nampak antara orang pandai tapi sombong dengan orang tak pandai tapi hati baik.

Sesungguhnya dalam banyak2 kerja aku buat, jadi cikgu paling mencabar. Kalau melibatkan otak atau fizikal aku tak kisah tapi lebih kepada libatkan emosi. Semoga semua cikgu-cikgu yang niatnya baik untuk mendidik anak bangsa, akan dipanjang umur & dibalas semua jasa mereka

Selamat Hari Guru. Terima Kasih Cikgu!

You Might Also Like

2 comment

  1. salam mel...betul la apa yg mel cakap...biar x pandai tapi menghormati org...jgn pandai tp kurang ajar buat hapa...baru2 ni masa kak fiza turun kereta nak gi kedai ada nampak sekumpulan pelajar sekolah menengah...rasanya budak2 ni cukup2 biadap sbb pakai seragam sekolah tapi hisap rokok cam x dak apa2...pastu kak fiza tanya la tingkatan berapa...x jawab terus lari...kalau x boleh nak bg nasihat sikit...kesian ngan budak2 ni...selamat hari guru untuk mel juga...=)

    ReplyDelete
  2. Jasamu teyap dikenang, sy sokong kenyataan Melin, sbb sy pernah juga bertugas mnjadi pendidik selama 9 tahun.melibatkan emosi bila berhadapan dengan murid2 selain tugasan yg perlu juga diselesaikan di rumah kerana kesuntukan masa untuk disiapkan di rumah..moga bermanfaat ilmu2 yg telah disampaikan..amin

    ReplyDelete