بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum. Selamat petang semua. Hari ni masuk hari ketiga ketiadaan air di rumah. Sungai kering kontang, kemarau barangkali. Lama dah tak hujan. Hujan tadi sekejap saja dalam 5 minit. Sumber air sini di pam dari sungai, ditapis dan dihantar terus ke kawasan perumahan. Bila tak hujan, panas berterusan begini, kontang la sungai, tak berairla setiap rumah. Sudah ada penghantaran air berlaku di rumah pekerja, rumahku masih belum lagi. Bila nak ada air? Bila hujan dan sungai penuh semula. Tak pasti bila. Doaku agar Allah turunkan hujan selebatnya agar dapatlah kami menjalankan aktiviti seharian seperti biasa.
Jadi aku tak berapa nak memasak. Penjimatan air perlu dilakukan. Kang masak pelik2, nak basuh periuk belangan kuali semua, nak guna air apa kan. Baju pun last basuh hari ahad, pagi tadi sekali. Itupun jenuh angkut air ke dalam washing machine. Aku tayang resepi yang dah lama buat saja. Resepi ni diperap dalam 1 hari lebih, bila makan..mak aiiii sedap sungguh! Ku hidang dengan nasi goreng tomyam kegemaran kami berdua. Syukur alhamdulillah pada Mu Ya Allah atas semua nikmat.
Daging Bakar
Resepi:Chef Hanieliza
Bahan A
500g daging
1 st jintan manis
1 st jintan putih
1 st sos lada hitam
Garam
Bahan B (Tumbuk halus)
2 ulas bwg putih
1 1/2 in halia
2 batang serai
Kaedah:-
1. Daging dipotong lebar & nipis. Basuh & toskan
2. Gaulkan semua bahan & perap selama 1 jam (lebih lama lebih berperisa)
3. Bakar daging dgn pemanggang hingga nampak garing
4. HIdangkan dengan sayur-sayuran, air asam atau sos lada hitam
Resepi:Chef Hanieliza
Bahan A
500g daging
1 st jintan manis
1 st jintan putih
1 st sos lada hitam
Garam
Bahan B (Tumbuk halus)
2 ulas bwg putih
1 1/2 in halia
2 batang serai
Kaedah:-
1. Daging dipotong lebar & nipis. Basuh & toskan
2. Gaulkan semua bahan & perap selama 1 jam (lebih lama lebih berperisa)
3. Bakar daging dgn pemanggang hingga nampak garing
4. HIdangkan dengan sayur-sayuran, air asam atau sos lada hitam
0 comment