BUBUR

Shiitake Hot & Sour Soup

3:12 PM

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Ada satu sup ayam di Sugar Bun tu memang menjadi kegemaran hubby. Rasanya sedap tapi bau cendawannya sangatlah kuat, jadi aku tak pernah mengorder, perabih hubby punya je. Tapi kerana sedap tu makan sambil tahan sajalah baunya. Semalam petang sakit kepala, alhamdulillah Allah bagi sakit tuk penghapus dosa. Dalam sakit2 tu, lidah ni punyalah teringin nak makan mushroom soup. Gagahkan diri juga mencari resepi memandangkan cendawan shiitake ada dalam esbok.

Bila google macam2 resepi yang keluar. Alhamdulillah, dengan teknologi sekarang dapatlah berkongsi macam2 resepi atau ilmu. Moga adalah sedikit saham kita nanti atas ilmu yang dikongsi. Akhirnya aku memilih resepi dari droz disebabkan katanya resepi tu sihat. Bila aku buat, sedap sangat. Bau mushroomnya membangkitkan selera. Kena betul dengan lidah aku sampai aku habiskan 2 mangkuk (Mangkuk kecil je pun). Buatnya sikit dan main agak2 je sebab nak cepat. Tapi aku tak letak lemon pun jadi tak leh kata sour soup pun. Letak banyak2 lada hitam, itu yang sedap kot. Lain kali inshaAllah aku buat lagi..^^

Shiitake Hot & Sour Soup
Recipe: droz

Ingredients
(Serves 4)
1 tbsp grapeseed oil - ganti minyak masak biasa
1 jalapeño, minced with seeds
1 tbsp minced ginger
1 tbsp minced garlic
2 bunches scallions, green and white parts sliced, 2 tbsp greens reserved
1 lb shiitakes, stems removed and tops 1/4-in sliced
2 1/2 quarts chicken stock or low-sodium chicken broth  - ganti 1 kiub pati ayam knorr
2 tbsp naturally brewed soy sauce
Juice and zest of 2 lemons
- xletak 
1 block silken tofu, cut into 1/2-inch cubes - xletak
2 cups shredded carrots
Freshly cracked black pepper

1 sb tepung jagung - aku tambah

Directions
1. In a stockpot over medium-high heat, add oil and swirl to coat the bottom. Add jalapeño, ginger, garlic and scallions. Sauté until aromatic, about a minute.

2. Add shiitakes and sauté 2 minutes, until softened.
3. Add stock and soy sauce, bring to a simmer and reduce by 20%, about 5 minutes. Add lemon juice, tofu and carrots and cook gently for 2 more minutes to heat tofu through. Season with black pepper.
4. Ladle soup into serving bowls and garnish with reserved scallion greens and lemon zest. 


Kaedah no 1 aku buat, lepas tu aku masukkan dalam blender. Oleh kerana aku tak guna stok ayam, jadi kena tambah air masa blend tu. Kisar semua bahan (kecuali carrot). Bergantung samada nak kisar kasar/halus. Masukan dalam periuk. Kemudian masak hingga pekat. Bila dah masak, baru aku masukkan carrot, perasakan garam dan hidang.


You Might Also Like

3 comment

  1. Salam mel.. tun xtahan bau shiitake nih.. siyes xleh telan. tp hasben tun mmg peminat tegar shiitake, jd selalu jugak la tun masak.. kalau pegi sugar bun, mmg dia order sup ayam yg ada shiitake tu. jd tun pon selalu la jugak buat chinese chicken sup letak shiitake kat umah..

    ReplyDelete
  2. tudia..bak mai kat org demam ni skit....sedap nyer nampak....

    ReplyDelete
  3. Tun ::-Mel pun tak tahan bau cendawan ni kat Sugar Bun tapi bila masak bubur ni, baunya takde pulak. Sedap je makan

    Kuazue ::-Olooo..sian orang demam..Meh datang sini, boleh tolong buatkan ^^

    ReplyDelete