KUIH

Kuih Kaswi

10:07 AM

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Alhamdulillah pagi tadi hujan turun dengan sangatlah lebat. Cuaca sangatlah panas semalam sampai peluh menitik2 dalam baju seolah2 baru lepas berlari. Kali terakhir hujan 2-3hari lepas, itupun rintik2 saja. Seronok betul bangun pagi, hujan lebat di luar tapi dalam rumah rasa nyaman je. Nak menarik selimut jauh sekali, kalau dilayan mimpi dan kesejukan pagi tu, mau ada yang tak bekerja hari ni.hihi

Sabtu hari tu keluar bandar, terjumpalah kelapa parut ni. Dah lama mengidam nak buat kuih kaswi tapi kelapa parutnya tiada. Hari tu beli kelapa 3 bj tapi bila nak parut isinya tak elok pun, ketongsampah saja, kecewa betul. Kalau dulu tinggal di Carey Island, keliling rumah penuh pokok kelapa, kalau nak guna ambil je. Sabar jela daku. Sudahnya kusimpan rasa nak makan kaswi tu sampai kini alhamdulillah baru dapat buat. Kuih kegemaran tapi aku buat sorang, makan pun sorang, hubby tak pernah suka. Kali pertama beli di kedai, katanya ada rasa kapur yang kuat. Jadi kali pertama rasa dah tak sedap, memang dia takkan sukalah dah. Tq kak yatie untuk resepinya. Sedap! Cukup rasa manisnya!


Kuih Kaswi
Resepi: yatiememories

Bahan-bahan :
1 cawan gula pasir*
1 cawan gula merah*
1 1/2 cwn air*
3 helai daun pandan*(*di masak..)

1 1/2 cwn tepung gandum
1/2 cwn tepung ubi
1/2 cwn tepung beras
sedikit garam
3 sudu besar air kapur
3 cwn air
Loyang atau acuan kuih lompang yang disapukan dengan sedikit minyak masak
Kelapa parut + garam

Cara-cara :

Gunakan 1 1/2 cawan air untuk memasak gula pasir, gula merah dan daun pandan.
Masak hingga gula larut. Ketepikan dan sejukkan dulu.
Ayak ke semua tepung dan masukkan 3 cawan air ke dalam bancuhan air gula.
Masukkan air kapur dan kacau sebati.
Tapis air gula ke dalam tepung - Gaul rata.Tapis bancuhan tepung untuk mengelakkan dari berketul-ketul.(Blend semuanya pun senang..)
Kacau seketika di atas api yg kecil supaya kelihatan agak pekat tapi jangan sampai bertukar menjadi kanji.
Sapu loyang/acuan dengan minyak masak supaya kuih mudah dikeluarkan.
Kukus loyang/acuan dahulu tanpa isi.
Tuang bancuhan tepung ke dalam loyang dan kukus selama 45 minit atau sehingga masak.
=>Kalau guna acuan lompang/acuan kecil, masa kukus adalah 15 minit.
Bagi yang mengukus di dalam loyang, kuih akan kelihatan lembik dan berair sedikit.
Ambil sehelai kitchen tissue dan letakkan di permukaan kuih agar air itu dapat diserap.
Sejukkan kuih baru dikeluarkan dari acuan.
Boleh dihidang dengan kelapa parut bercampur sedikit garam yg telah dikukus juga seketika supaya tahan lama


You Might Also Like

2 comment

  1. Salam Mel.. mmg jaranggg sgt ada kelapa parut kat new world. time tun nk beli sure xde, baru jumpa sekali, tp time tu xbeli pulak sbb tgh beli2 barang utk field trip ngan student, xkn nk beli barang dapur pulak kn. Sama laa hubby kita, dia pon xbape layan kaswi nih. tun je suka mkn. dh mkn sorang, maleh la nk buat.

    ReplyDelete
  2. Wsalam Tun. Apakah kita ni memang terbalik..lain negeri tapi ketidaksukaan selera hubby kita sama..cewahhh

    ReplyDelete