RESEPI

Ketam Goreng Tomyam

9:23 AM


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Seingat aku 1-2 minggu lepas ada menonton MHI dengan jemputan masa itu anak lelaki kepada Allahyarham Dr Muhammad Uthman El Muhammady. Antara perkongsiannya adalah kenangan manis yang diingat ketika arwah masih hidup. Iaitu ketika di meja makan, mereka tidak akan diam saja ketika makan tetapi arwah akan berbual bersama anak-anak. Tidak lupa bagaimana arwah menyatakan bahawa beliau tidak pernah merasa bosan kerana ada saja kerja yang ingin dibuatnya. Terdetik di hati, kita ni kalau ada masa terluang mulalah berasa bosan. Berbeza sekali dengan Allahyarham. Sangat membuka mata masa dengar perkongsian dari anaknya. Semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang beriman. Al Fatihah

Berbalik kepada resepi. Hidangan malam tadi. Seronok makan meratah ketam goreng tomyam ni. Rasa manis pedas ketam dan sosnya. Sedap sangat. Hubby kata standard kedai ni. Lidah aku dengan dia lain, kalau dia kata sedap maknanya memang sedaplah tu. Cuma isi ketamnya agak kurang. Mak aku kata kalau nak isi ketam penuh, beli masa bulan mengambang. Ketam tengah mengawan, jadi penuh dan gemuk2la isi ketam tu. Tak pernah pulak aku belek bulan penuh ke tak masa beli ketam. Beli pun hari siang, memang tak terfikirlah nak belek keadaan bulan kan. hihi


Ketam Goreng Tomyam
Resepi: melinblossom

Bahan-bahan:-
2 ekor ketam
1/2 bj bawang besar - hiris
1 in halia - hiris
1 in lengkuas - hiris
2 ulas bawang putih - ketuk
7 bj cili padi - ketuk
1 helai daun limau purut
1 tangkai daun kari - lurut
1/2 bj tomato - potong 6
Daun saleri
1 sk perencah tomyam Adabi
2 sb sos cili
1 sb sos tiram
1 sb sos tomato
1 sk lada hitam
Garam & serbuk kunyit secukupnya
Gula 

Kaedah:-
1. Lumur ketam bersama garam, serbuk kunyit dan lada hitam. Goreng hingga 3/4 masak. Toskan
2. Tumis bawang besar, halia, lengkuas, bawang putih dan cili padi dalam sedikit minyak hingga kekuningan.
3. Masukkan daun kari dan daun limau purut.
4. Masukkan perencah tomyam, sos cili, sos tiram dan sos tomato.
5. Kemudian, masukkan ketam. Perlahankan api dan kacau sebati
6. Masukkan tomato dan daun saleri.
7. Perasakan dengan garam dan gula.
8. Sedia untuk dihidangkan.


You Might Also Like

2 comment

  1. Uuuu Uuuuuu uuuuu.. nangis tengok ketam.. nape la dlm byk2 makann tun allergic ketam.. uhuk uhuk...
    bersyukur la boleh makan mende2 lain kan.. huhu

    ReplyDelete
  2. Mel pun allergic ketam gak..tapi ketam biru je..ketam merah boleh makan..nak beli tu memang kena pilih2 la..hihi..

    ReplyDelete