BUBUR

Bubur Lambuk

10:15 AM


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Apa khabar semua. Morning blues kah pagi Isnin ni? Atau ada sesuatu yang menggembirakan hati berlaku barangkali membuatkan diri bersemangat nak memulakan kerja? Jumaat hari tu ketemu sorang akak yang baru pindah di sini. Borak punya borak termasuk topik facebook.

News Feed penuh dengan politik saja sejak akhir2 ni.

Akak kalau dia post kali pertama, akak hide. Kalau lepas tu post lagi, akak unfriend terus.

Unfriend terus?

Yela, takut kita terpengaruh sama. Info pun tak tahu hujung pangkal, benar atau tak.

Hahaha..Ada kebenarannya di situ (Dalam hati).

Aku lagi suka kalau news feed tu penuh dengan ilmu.
Tak salah nak berpolitik tapi berpada-pada dan berserderhana.
Jadi bagaimana dengan news feed/wall korang?

Berbalik kepada resepi sarapan pagi ini. Lebihan nasi semalam ku buat bubur.
Memang sedap dan berselera betul makan. Ditambah pula makan dengan sambal goreng ikan bilis kegemaran dan kacang tanah. Alhamdulillah.


Bubur Lambuk
Resepi: Buku Citarasa Malaysia - Terengganu 

Bahan-bahan:-
1 pot beras - Tin susu sederhana
1 biji kelapa - Ambil santan cair dan pekat - aku guna santan kotak
2 helai daun kunyit - hiris
Secekak daun selasih
Secekak daun pucuk manis - aku ganti kangkung
1 sudu makan lada hitam - tumbuk halus
4 ekor ikan kembung
2 labu bawang besar - kisar
Garam secukup rasa
1 helai pandan - ikat. aku tambah

Kaedah:-
1. Panggang ikan, ambil isinya dan ditumbuk halus. (aku goreng saja)
2. Cuci beras dan masak hingga menjadi bubur bersama daun pandan.
3. Apabila masak, masukkan bawang besar, lada hitam, isi ikan, santan cair dan kacau rata.
4. Masukkan sayur-sayuran berdaun dan garam. Biarkan seketika.
5. Masukkan santan pekat dan kacau rata
6. Apabila masak, tutup api dan sedia dihidangkan.


Sambal Goreng Ikan Bilis
Resepi: melinblossom

Bahan-bahan:-
1 mangkuk ikan bilis - digoreng
1/2 bj bawang besar - hiris
1 bj cili merah - hiris
1 in halis - hiris panjang
1 sb kicap manis

Kaedah:-
1. Tumis bahan hiris hingga kekuningan/garing dalam sedikit minyak.
2. Masukkan kicap.
3. Tutup api
4. Masukkan ikan bilis. Kacau sebati.
5. Hidangkan


You Might Also Like

4 comment

  1. sedapnya Melin... selalunya kalau makan bulan puasa saja... sedapnyer...ni dah membangkitkan rasa nak makan ni...he he he...

    selalunya dekat wall FB saya org selalu tag bab2 bisnes ja...jrg bab2 politik ni....kalau kat news feed tu byk la politik...hurm...kita tgklah mana yg baik kita ikut yg x baik kita baca n jgn ikut...yer x...=)
    hurm...merimbun tgk pokok selasih tu...adakah biji selasih berasal dr pokok selasih... xpernah jumpa lagi pokok selasih....ada jual ke...=)

    ReplyDelete
  2. Duk bintulu ni la baru jumpa pokok selasih, selama ni tak pernah tahu kewujudannya..Tang biji selasih memang tak tahu asal dari pokok ke tak.hihi

    ReplyDelete
  3. terbaik!! tun wat 2minggu lepas rasa mcm pelik2 xsama ngan yg mama tun buat. muahahaha.. jd x letak dlm blog takut org wat x jadi jugak. kui kui..
    byknyer pokok selasihhhh!!! suka tengok. pokok tun kat balkoni tu alhamdulillah, hidup lagi.. pokok kari nyawa2 ikan, pokok lada satu segar bugar, satu innalillah.. hihi... yg lain survive lagi. hihi...

    ReplyDelete
  4. Mel pun tak tahu rasa bubur lambuk terengganu yang original mcmana. Tak pernah ku rasa. Jadi dah ada resepi tganu punya, layankan.

    Dakpe tun, nanti sebelum ku pindah, ku angkut semua pokok2 sini yang hidup kasi sama tun..hahaha ^^

    ReplyDelete