Sewing

Flat Pencil Case & Footers

3:32 PM


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Memandangkan ada sedikit masalah pada mesin jahit aku, jadi terbengkalai di kedai repair sebulan. Last week baru sampai ke tangan aku. Jadi mood menjahit ter'sangattt'la takde. Biasalah bila sesuatu kerja yang dah ditinggalkan, kena cari momentum nak mulakan semula.

Jadi duk tayang hasil kerja lama saja. Flat pencil case ni buatnya bulan 2 hari tu untuk adik nak masuk sekolah. Buat kelam kabut sebab keputusan nak balik dibuat 1-2minggu before berlepas. Jadi hasilnya ala kadar je guna thick cotton. Tak sempat nak deko2 letak riben or lace segala bagai. Alhamdulillah takde yang berebut nak mana satu.


Kebetulan mak aku pula beli mesin jahit satu set dengan footers semua, jadi banyak yang tak guna. Bukanlah tak guna tapi tak de orang nak ajar mak aku nak guna. Yang tahu menjahit segala benda ni aku sorang, dah tu duk nun jauh di Sarawak. Bila balik baru leh ajar sikit-sikit. Jadi sudahnya mak aku kata 'Baik ko bawa balik Bintulu, sekurang2nya boleh digunakan. Dari kat rumah terperap jela dalam kotak'. Aku pun apalagi senyum sampai telingalah dapat green light.. Ada macam-macam footers, lagilah senang nak buat macam-macam projek..Alhamdulillah. Tq mak. Nanti raya orang bawa balik semula footers ye! ^^

You Might Also Like

2 comment

  1. Assalamualaikum...cantiknya Mel pencil case tu...mmg kreatif...flat pun x pa....janji shantek...he he he

    ReplyDelete
  2. cantiknyerr... teringin nk menjahit mcm2 jugak.. tp tu la.. berangan je lebih.

    ReplyDelete