بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum. Hari Jumaat hari tu...
'Abang tahu tak Allah jadikan Rasulullah itu tiada bayang-bayang?'
Iye? Kenapa?
Iya..Ustaz Don kata badan Rasulullah itu adalah cahaya/nur.
Yela, cahaya kan mana ada bayang-bayang. Ianya untuk mengelakkan orang kafir Quraisy menghina Rasulullah dengan memijak2 bayang-bayang.
Masa dengar ceramah tu, aku...terpaku...terdiam...tak bersuara dengar ceramah sampai habis
Betapa Allah mengagungkan Rasulullah iaitu seorang manusia tetapi manusia luar biasa.
Ustaz Don kata dengar ceramah agama boleh lembutkan hati, boleh dekatkan diri dengan Rasulullah.
Dulu masa aku kerja, tiap-tiap hari bekerja sekadar nak mengejar sekeping kertas yang dinamakan duit.
Yang aku tahu tiap-tiap hari ngadap drawing, layan customer, makan pakai duit ada sudah memadai.
Aku takde masa langsung nak dengar ceramah agama atau tuntut ilmu lain.
Rancangan agama yang aku tahu masa tu Al Kuliyyah je.
Ya Allah betapa hati masih tertutup lagi masa tu.
Kehidupan aku berubah 360 darjah lepas kahwin.
Pernah aku rasa down sangat tapi Allah tunjuk jalan.
Allah beri anugerah terhebat iaitu suami yang soleh.
Allah buka hati aku. Masa tu Allah tunjuk hikmah di sebalik apa yang terjadi.
Betullah orang kata, jika kita nakkan hidayah dari Allah, kita kena mohon, kena usaha, kena doa barulah Allah beri kita hidayah. Jangan asyik kata belum sampai seru.
Yang azan 5 kali sehari tu bukan seruan kah? Bukan seru untuk jadi hamba terbaik kah?
Tak kerja. Macamana nak hidup?
Dulu aku fikir camtu tapi bila baca banyak buku, hidup ini bukan semata kejar wang ringgit.
Rasulullah hidup dengan sederhana, jadi aku tanam dalam diri jangan hidup bermewah takut2 kufur nikmat, takut jadi orang sombong, takut sayangkan harta dan susah nak bagi sedekah. Ada orang tak kaya pun tapi boleh bagi sedekah tiap2 hari, boleh bersyukur setiap masa. Nanti Allah tanya macamana dapat duit, macamana dibelanjakan? Makin banyak harta, makin banyak Allah tanya.
Buat ketupat.
Aku kerja di banyak tempat tapi semua situasi tempat kerja aku lebih kurang sama. Orang sana tak puas hati dengan orang sini, orang sini tak puas hati dengan orang sana. Masing2 duk ngumpat dan maaf cakaplah, yang mengajar agama pun join sekali. Bukan membetulkan orang lain dengan ilmu agama yang ada tetapi tumpang sekaki. Ya Allah, moga Kau berilah petunjuk dan hidayah kepada mereka. Sekarang bila fikir balik, Ya Allah bersyukurnya aku dengan keadaan sekarang walau masih banyak perlu diperbaiki. Sekarang aku berusaha bila bercakap keluarkan kata-kata yang baik2 saja. Takut-takut singgung perasaan orang, nanti dia tuntut di akhirat kelak.
Masa.
Dulu aku tak punya masa untuk semua benda. Yang tahu kerja..kerja..dan kerja.
Solat tu nak cepat saja mengenangkan kerja tak siap.
Kusyuknya ke mana, tawaduknya ke mana. Ya Allah maafkan daku.
Sekarang aku beli buku biar yang bermanfaat, ada pengisiannya jadi boleh dijadikan panduan dalam mendidik keluarga. Selalu dengar ceramah agama agar hati tak kosong, hati tak jadi keras.
Alhamdulillah Ya Allah. Alhamdulillah Ya Allah.
Sinari hidup kami dengan hidayahMu, dengan rahmatMu
Lapangkan dada kami. Jadikan kami insan soleh dan solehah
Bagaimana dengan anda?
Utamakan perintah Allah atau utamakan keperluan sendiri?
Cari hidayah Allah atau tunggu hidayah sampai?
2 comment
Semoga Allah limpahkan hidayahNya buat umat Muhammad...fiza pun camtu gak...kadang2 lalai dgn akhirat... kadang2 susahnya nak kejar akhirat...tp alhamdulillah fiza buat perlahan2...tapi org kata masih lagi dlm proses blajar cara nak kontrol mulut...nak kontrol marah...nak blajar balik bab2 akhirat...moga hati ni tawadduk dgn apa yg kita buat... InsyaAllah...moga Allah permudahkan segala urusan kita kearah kebaikkan... InsyaAllah...amin....=)
ReplyDelete🤗🤗🤗
ReplyDelete