بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamuaalikum. Menyambung entry Nasi Harissa semalam, ku panjangkan hari ini dengan temannya dalca daging. Last month aku makan dalca sayur dalam MAS masa pulang Johor. Masa tu makan dalca dengan nasi minyak dan kerutuk ayam. Dek kerana makan masa tulah sampai balik Bintulu aku punya mengidam tu lain macam. Last week keluar baru dapat cari barang dapur dan buatnya. Walaupun buat guna santan kotak je tapi memang sedap. Tertunai jua kepingin aku tu.
Pagi tadi tengok 2 orang budak yang berusia 5 tahun dan 7 tahun membaca ayat Al Quran. Diajar sejak dari dalam rahim lagi. Ya Allah terujanya aku lihat teknik maknya ngajarkan Al Quran. Lepas tu tu terus kata pada hubby 'Jom kita cari buku didik anak cara Rasulullah jom'. Harap2 ada rezeki nanti, boleh kami praktikkan pula. Btw boleh lihat cara maknya ajar dalam blog> darwishndarwisya
DALCA DAGING
Resepi: matgebu, yatiememories
BAHAN-BAHANNYA
400 gram daging, hiris dan rebus empuk,
1 biji terung bulat, dadu besar2
8 tangkai kacang panjang, kerat2 pada saiz 1 inci
2 biji kentang, belah 8 setiap biji
1 batang lobak merah, potong berbaji
1/2 cawan kacang dhal, rebus hingga empuk
2 biji cili hijau, belah 2 setiap satu
2 biji cili merah, belah 2 setiap satu
1 biji tomato, belah 8
1 keping asam gelugor
2 camca besar penuh rempah kari daging (mat guna jenama baba's)
700 ml santan cair
200 ml santan pekat
2 camca besar cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS
1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
3 biji buah keras
2 keping hirisan lengkuas
BAHAN TUMIS
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
2 tangkai daun kari, dilurut
5 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
CARA MEMBUATNYA
Rempah kari dibancuh bersama bahan kisar halus, kacau rata dan ketepikan. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga cili garing. Tuang bancuhan rempah kari, tu tumis hingga terbit minyak, gunakan api perlahan dan kacau selalu.
Masukkan kentang dan lobak merah, gaul rata dan masukkan daging bersama air rebusan. Tambah santan cair dan biar mendidih hingga kentang dan lobak lembut. Tambah sayur lain, kacang dhal rebus, asam gelugor dan juga pati santan. Kacau rata.
Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Biar masak sekejap dengan api sederhana. Rasa dan jika ok boleh matikan api...boleh hidangkan

1 comment
Salam mel.. sedap nmpk dalca tun.. dh lama x makan.. jarang2 beli kacang dhal.
ReplyDelete