بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum. Sejak cuti sekolah ini buka fb/blog ramai update pergi melancong bersama keluarga. Seronok tengok orang dapat pergi jalan2 bersama keluarga (Cemburu yang +ve ^^)
Aku ni waktu balik Semenanjung tak pernah nak sama dengan cuti sekolah.
Memang tak boleh nak susun waktu balik tu sama. Biasanya keputusan nak balik dibuat secara mengejut. Bila rasa nak balik, tempah tiket flight...sampai tarikh...terbanglah aku .
Jadi manalah nak ada gambar2 melancong dengan adik beradik anak buah tu semua. Sabo jela..
Nasi Harissa ni aku buat semalam. Dek kerana kepingin makan dalca, google resepi nasi.
First time ni dengar nama nasi ni.. waduhh...waduh...macam nama orang..
Tapi memang sedap! Digandingkan dengan dalca dan resepi ulangan ayam dendeng.
Resepi dalca akan ku kongsi di next entry. ^^
Nasi Harissa
Sumber: kaknor
Bahan-bahan:
1kg beras basmathi
air ikut padat beras dan lebihkan 100ml
3 labu bawang besar - dihiris
500g lobak merah/karot - diparut kasar
3 ikat daun ketumbar - ambil akarnya, dibersihkan dan kisar bersama 5 batang cili hijau
2 jari kulit kayu manis
6 kuntum bunga cengkih
10biji buah pelaga
garam secukup rasa
bawang goreng
daun ketumbar
minyak atau mentega untuk menumis
Bahan2 kisar:
1 sudu kecil jintan halus
3cm halia
10 ulas bawang putih
Cara:
1. Beras dicuci bersih dan ditoskan. Kemudian gaulkan dengan lobak merah dan tos hingga kering
2. Panaskan minyak dengan api kecil dan tumis bawang besar hingga layu
3. Masukkan kulit kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga. Kacau sehingga naik bau
4. Masukkan lada hijau yang dikisar dengan akar ketumbar tadi. Tumis sehingga garing
5. Masukkan air dan garam secukup rasa
6. Apabila mendidih, masukkan beras yang digaul dengan lobak, lalu tanak hingga masak.Boleh juga dialihkan ke dalam rice cooker dan masak seperti nasi biasa.
7. Setelah masak, masukkan daun ketumbar yang dipetik-petik dan bawang goreng. Tutup periuk rapat-rapat. Setelah beberapa minit, kacau dan biarkan masak sepenuhnya. Hidangkan dengan lauk-pauk yang lain
**Bahan kisar aku masukkan di cara no 3. Dalam resepi asal tiada.
**Aku guna batang daun ketumbar dihiris dan cili hijau dipotong 2.

3 comment
Salam mel ^^
ReplyDelete1st time jugak tun dengar nama nasi nih.. arini students dtg umah, wat nasi beringin resepi 2 kak ayu. segan pulak nk amik gmbr masa student ada. hihi
nasi harissa ni diambil sempena nama apa? nasi warna tu ke..
ReplyDeletetun >tangkap sorok2 la..^^
ReplyDeletehana >tak tahula dear..memang resepinya begitu..kita layan je..hihi