KUIH

Seri Muka

10:11 AM


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum.2-3 hari lepas ke kedai buku dengan perasaan yang terkejut dek kerana kesesakan melampau.Otak ligat berpusing memikirkan kenapa ramai sangat orang walhal belum gaji.
Oh...cuti sekolah! Lupa aku!
Tidak selesa untuk berdiri membelek dan membaca deretan buku kerana ramai sangat yang lalu lalang.
Niat nak membeli buku terus terbatal.
Lagi sekali keluar gamaknya baru kubeli buku yang selama ini kucari.

Kuih serimuka yang sememangnya menjadi kegemaran ramai orang.
Cubaan kali kedua. memang sedap! Terasa lemak2 kuihnya
Tapi bagusnya kuih ni sebab menonjolkan kami suami isteri saling melengkapi.
Apa tidaknya aku tak suka makan part pulut and hubby tak suka makan part atasnya.
Kan bagus jodoh Allah tetapkan. Sorang makan atas, sorang makan bawah. hihi
Syukur alhamdulillah..alhamdulillah Ya Allah.

KUIH SERI MUKA
Resepi:  resepiibu

Bahan lapisan bawah:
400 gm/ 2 cwn pulut putih(direndam 3 jam) - aku terus kukus
2 cwn santan cair(kena sama dgn sukatan pulut)
sedikit garam

Caranya:
1.Kukus pulut yg telah direndam tadi selamat 40 minit.
2.Campurkan santan cair, garam, gaul sebati.
3.Kemudian di tuangkan ke dlm pulut kukus n kacau sebati.Santan dgn pulut mesti sama parasnya.
4.Kukus lagi selama 30 minit.
5.Setelah masak,tekan pulut tadi sehingga mampat.

Bahan lapisan atas (diblender hingga hancur n halus):
2 cwn santan pekat
sedikit daun pandan - aku guna 8 helai
1 cwn tepung gandum
3/4 cwn gula (nak manis-1 cwn gula) - aku letak 1cwn
1 biji telur
sedikit garam
sedikit pewarna hijau

Caranya:
1.Blender semua bhn tadi n tapiskan.
2.Tuangkan adunan ke atas pulut yg telah di tekan.
3.Kukus selama 40 minit...setiap 10 minit dibuka utk buang wap air..
4.Sejukkan n hidangkan


Aku balut penutup pengukus dengan kain jadi cara no 3 memang tak buat.

You Might Also Like

2 comment