Ketemu Tun Telani!

11:48 AM


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum.
Pagi tadi cuaca cerah seperti biasa tapi di kala ini langit Ilahi sangatlah mendung.
Angin punyalah kuat ditambah pula dengan awan gelap memang menandakan hujan lebat bakal melanda. Hujan rintik2 mulai turun.

Bila hujan melanda menandakan siaran tv tiada.
Mood memasak pun tiadalah jawabnya.
Pagi tadi menjamu perut dengan nasi goreng segera dan juga serunding daging.
Buat serundingnya petang semalam. Siaran ulangan je serunding daging ni.
Buat 1/2 kg tapi memandangkan guna daging batang pinang, dapat banyak pula.
Alhamdulillah.


Btw, hari ahad hari tu bertemu muka dengan blogger Tun Telani.
Duduk sama di Bintulu ni tapi tak pernah ketemu muka.
Rasanya terserempak pun tak pernah.
Seronok dapat jumpa Tun..Very nice person!

Tun, i suka u cerita pasal segala macam ulat menyerang pokok limau purut u! Haru betul!
Kalau pokok tu mati lagi, jangan segan2 minta ya!^^

Sampai rumah petang pun senyum lagi sebab dapat kawan baru..kuikuikui..
Tq tun bekalkan cream puff. Sedap!


You Might Also Like

1 comment

  1. hihi.. arini baru berjaya memaksa encik laling menggali tanah kt blkg blok tanam pokok pisang ^^ pokok2 yg kecik2 tu duk kat balkoni je. hihi.. senang nk siram :)

    ps: tgh bakar pumpkin brownies.. saya cintakan labu! haha.. thanks!

    ReplyDelete