KUIH

Masala Vadai

8:43 AM

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum.. Sejak 1-2 bulan ni laptop kesayangan buat hal..Keyboard tak boleh digunakan.. Tak tekan caps lock pun semua huruf besar..Tekan no, tak keluar apa2. Lepas tu merebak ke mouse sampai mouse pun tak boleh nak scroll.. Guna mouse di laptop lagi satu ok je..Mungkin sudah tiba penghujung hayatnya.Sambung dengan keyboard lain pun sama gak, sistem keyboardnya dah rosak barangkali.Haru..haru..

Pagi ni bersarapan dengan kuih vadai kegemaran. Resepi diubah ikut suka hati. uhuu.. Boleh rujuk link ye untuk resepi asal. Alhamdulillah sedap

Masala Vadai

Rujukan: cookingandme 

Bahan-bahan:-
1 cawan kadang dhal
1/2 biji bawang besar - cincang
1 in halia - cincang
2 helai cili kering - gunting kecil
1 helai daun kari - lurut dah gunting kecil
1 sk serbuk jintan manis
Garam 

Kaedah:-
1. Rendam kacang dhal semalaman. Toskan dan kisar. ( Jangan kisar lumat sangat )
2. Gaul bersama dengan semua bahan.
3. Bentukkan di atas tangan dan digoreng hingga keemasan
4. Hidang

You Might Also Like

3 comment

  1. Kuih ni la MQ dok mengidam ari tu... Nampak macam senang je nak buat...

    ReplyDelete
  2. cantiknya bunga.. bunga kat kawasan umah ye?
    dh lama tun x makan vadai.. dulu2 selalu gak buat, dh hasben tun x minat pulak mkn ni, jd mood nk buat tu menurun sket.

    ReplyDelete
  3. kuih ni menjadi kegemaran saya..klu makan mmg tak cukup satu..

    ReplyDelete