AYAM

Nasi Mandhi

9:25 AM

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Hidangan ni buatnya Isnin lepas. Biasanya hidangan seperti nasi minyak atau nasi yang banyak kerjanya buat bila hari Jumaat atau hari2 yang rajin. Kali ni pula sempena meraikan kepulangan hubby dari Kuching. cewahh...perginya tak lama tapi rinduuu..dialah housemate, dialah roomate, dialah bestfriend mau tak rindu kena tinggal sorang2 tak berteman..uhuhu..Tun buatnya awal bulan, aku nak hujung bulan baru tergerak hati nak buat..Nasiku agak kuning sebab terlebih letak pewarna.Tapi paling aku suka resepi ni tang sos salata, mak aiii memang sedap walaupun ku ganti lemon dengan limau kasturi. Pedas menyengat tapi makin bertambah lagi makannya. Air rebusan ayam tu aku tinggalkan sikit buat sup kosong. Kalau hidangan sebegini memang tak sah tak tambah nasi. Hubby pun cukup suka. Alhamdulillah

Nasi Mandhi

Sumber: kak noormasri, kak CT Zaliedana, Tun Telani

Bahan-bahan:
3 cawan beras basmathi PUSA -dicuci dan direndam selama 20 min 

4.5 cawan air rebusan/stok ayam - atau kuantiti air mengikut jenis beras
garam jika perlu sbb stok/rebusan ayam dah letak garam
sedikit zaffran -akak guna pewarna kuning
 

Bahan utk menumis:
1 sudu besar minyak sapi 

3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
Kulit Kayu Manis n bunga lawang 

3 ulas bawang merah - dimayang halus
1 ulas bawang putih- dimayang halus
1in Halia

2 Helai Daun Pandan Disimpul 
 2/3Pokok Daun Ketumbar

Cara membuat:
1. Beras dicuci kemudian ditoskan
2. Panaskan minyak sapi dlm periuk. Masukkan bahan tumis
3. Goreng hingga naik bau/kekuningan
4. Masukkan stok ayam, apabila didih masukkan beras.
5. Tanak hingga kering, kemudian masukkan pewarna kuning. Biarkan seketika
6. Kemudian gemburkan nasi guna garpu.Sedia dihidangkan bersama lauk pauk


Stok Ayam (utk masak nasi)
1 ekor ayam saiz sederhana- dipotong 4
2 inci halia - diketuk
1/2 sudu kecil serbuk zafran - guna kunyit je
1 sudu kecil lada hitam biji
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1/2 sudu kecil buah pelaga
1/2 sudu kecil cengkih
2 helai daun Bay
garam secukup rasa
air secukupnya (supaya ayam tenggelam)

Cara membuat:
1.Rebus ayam selama 45 minit bersama bahan2 diatas.
2. Kemudian angkat dan toskan ayam. Tapiskan air rebusan utk masak nasi.

Ayam Panggang

Bahan Perapan:
1 sudu teh zaffran - akak ganti dgn skit serbuk kunyit
1/2 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk rempah kabsah (lihat bawah utk resepinya)
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu kecil garam

Cara membuat:
1. Ayam yg telah direbus tadi dilumurkan dgn bahan perapan.
2. Letakkan atas aluminium foil, balut kemas2.
3. Bakar dlm oven selama 1 jam pd suhu 180C utk menghasilkan ayam yg lembut.


Sos Salata

Bahan-bahan:
2 biji tomato
1/2 biji bawang besar
2 biji cili besar
5 tangkai cili padi
sedikit daun ketumbar
sedikit garam
Jus dari buah lemon.
Gula secukup rsa aku add

Cara penyediaan:
1. Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja.
2. Jangan sampai terlalu hancur.

HomeMade Rempah Kabsah
(Sumber Raidah)

Bahan - bahan:
1 sudu makan bunga cengkih **
1 sudu makan lada hitam **
1 sudu makan jintan manis **
1 sudu makan jintan putih **
2 sudu makan biji ketumbar **
1 sudu makan buah pelaga **
1 sudu buah pelaga hitam (black cardamom pods) **
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh kunyit

Cara penyediaan:
1. Goreng tanpa minyak bahan2 yg bertanda ** sehingga naik bau dan angkat.
2. Kemudian kisar semua bahan sehingga hancur.
3. Simpan rempah yg telah dikisar didalam bekas yg kedap udara.
Jika tiada buah pelaga hitam, boleh gantikan dgn buah pelaga biasa.
Serbuk rempah ini boleh juga digunakan pada semua masakan ala arab termasuklah ayam dan daging.

You Might Also Like

1 comment

  1. Salam mel ^^
    wah2.. berbahagia hasben dh ada kt umah ye.. tun pun mati kutu kalau hasben outstation.. last week hasben tun pun ke kuching, 3 hari je pon.. tp nk nunggu balik tuu.. mmg xkene duduk jugak kt umah. hihi

    ReplyDelete