Agama Islam

Ulasan Buku | Kisah Benar Tapi Pelik

12:58 PM

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Syukur alhamdulillah dipanjatkan kepada Ilahi atas segala nikmat yang diberi. Syukur juga atas segala dugaan yang Allah timpakan sesuangguhnya tak lain tak bukan untuk memberi pahala kepada manusia dan menguji keimanan. Alhamdulillah hari tu masa pulang ke Johor dalam kesuntukan waktu, sempat ke kedai buku membelek-belek dan membeli beberapa buah buku untuk dijadikan bacaan tambahan seharian.

Buku 'Himpunan Kisah Benar tapi Pelik' dari uztaz terkenal iaitu Dr Hj Zahazan Mohamed sememangnya patut menjadi salah satu koleksi buku di rumah kita. Memaparkan pelbagai kisah pada zaman Nabi yang boleh dijadikan panduan untuk kita mendidik anak-anak dan juga mendidik jiwa kita. Dengan menceritakan kisah-kisah sebegini kepada anak-anak, sedikit sebanyak dapat menambah rasa kecintaan terhadap Allah, Nabi dan agama Islam itu sendiri.

Dahulu aku pernah berkongsi kisah di zaman Nabi Musa a.s. tentang doa dihijab yang aku perolehi dari rancangan Tanyalah Ustazah. Kisah itu boleh juga anda baca di dalam buku ini. Di setiap penghujung kisah ada diberi ulasan dan panduan mengenai kisah yang diceritakan. Jadi sangat membantu kita yang membacanya untuk dijadikan pedoman hidup di zaman kini. Semoga ilmu yang sedikit ini bermanfaat.

You Might Also Like

0 comment