Sewing

Mesin Jahitku Berkarat!

9:22 AM

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Minggu lepas ada ku ceritakan mengenai mesin jahitku yang terbengkalai selama hampir sebulan di kedai. Punca utama berkarat!

Gila ko beli mesin jahit ribu-ribu tapi berkarat?
Beli tak sampai setahun lagi

Kerisauan aku di tahap menggunung!

Setiap kali aku guna mesti aku bersihkan.
Ku jaga elok-elok

Nak kata duk tepi laut jauh sekali
Lainla 2 tahun lepas tinggal di Carey Island, bolehlah aku nak kata punca utama air laut
Tapi ini duduk dalam hutan maaa..
Pantai paling dekat Pantai Tanjung Kidurong..itupun 2 jam baru sampai sana

Tapi..
Berkarat juga.
Pelik tu..
Ku panjangkan rasa risau dan segala persoalan aku kepada kedai aku beli bersama gambar sekali. 
Katanya bukan satu perkara yang normal perkara sebegini terjadi. 
Waa...lagilah menambah rasa risau aku.

Banyak tempat pula tu yang berkarat.
Semua cutter memang dah berkarat
Bila aku buka, bahagian dalam pun berkarat
Ini sudah teruk ni

Boleh hantar repair di Bintulu tapi hubby kurang yakin jadi ku hantar ke KL saja
Alhamdulillah setelah sebulan aku dapat kembali, dan semuanya baik-baik sahaja

Sekarang cuba ku elakkan sebarang air mendekati mesin jahit.
Dulu aku letak atas meja tepi tingkap.
Walaupun tingkap tak pernah buka, barangkali ada embun-embun yang hinggap di mesin
Segala spray pun ku jauhkan.

Tiap-tiap minggu aku bersihkan dan jenguk-jenguk
Mana yang perlu letak minyak..mana yang perlu bersihkan
Perlu berhati-hati lepas ni

Yang penting pesan orang kedai, kena servis setiap 6 bulan atau 1 tahun untuk hasil yang maksima
Pengalaman yang memberi pengajaran ^^



You Might Also Like

0 comment