IKAN

Sedapnya Siakap Maharaja!

8:08 AM

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Sejak berttc ni, cuba sedaya upaya amalkan Healthy Lifestyle. Cuba makan ikan lagi banyak dari ayam mahupun daging. So, banyak stok ikan especially ikan siakap. Pusing2 siakap ni masak stim, masak 3 rasa, masak pedas mahupun bakar. Masa blogwalking semalam terjumpa resepi ni. Seperti kata cikmin 'sumpah sedap siakap maharaja ni', aku pun nak kata memang sedap sangat2! Ada beberapa bahan tak letak, tapi memang sedap sangat sosnya. Kebetulan aku menghidangkan rojak buah semalam, jadi banyaklah kacang kutabur atas ikan sampai tak rupa ikan dah. hihi. Alhamdulillah tambah satu lagi koleksi resepi ikan.

Siakap Maharaja

Bahan-bahan:-
1 ekor ikan siakap – aku buat 1/2 ekor
Salut telur, tepung jagung dan goreng dalam minyak panas


Untuk Sos:-

Cili pes – letak 2 sb
10bj bawang putih – cincang
3sb sos ikan 

6sb plum sos
2sb tomato sos 
Gula – ikut rasa,tambah brown sugar sikit kalau ada,tapi Chef Wan guna banyak gula baru seimbang rasanya
150gm kismis hitam – rendam dengan air panas kejap bagi kembang,ambil separuh cincang
1-2bj mempelam/manggo – potong kiub -xletak


Hiasan:
Daun bawang hiris
Ketumbar – xletak
Kacang tumbuk




Cara Masak:
1. Tumis cili kering dan bawang putih sehingga pecah minyak

2. Masukkan kismis hitam yg telah dicincang, plum sos,tomato sos,sos ikan,gula.
3. Last sekali masukkan lebihkan kismis (yg separuh lagi) dah sebati,cukup rasa..tutup api..boleh simbah atas ikan siakap tadi.
4. Tabur daun bawang,daun ketumbar dan sedikit kacang tumbuk,Siap untuk dihidangkan.

Bak kata Chef Wan..dia sentiasa rasa apa yang dia masak setiap masa..bagi mengimbangkan rasanya..so kalau rasa kurang masin tambah sos ikan..kalau rasa kurang masam tambah lah sos pelam tu..kalau rasa kurang manis..tambah lah gula..


You Might Also Like

1 comment

  1. sangat la yummy... sy jarang2 memasak. so mmg xde idea nak memasak sgt

    ReplyDelete