TTC

Trying To Conceive?

5:33 PM

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum.Aku dulu tak tahu apa2 pasal kehamilan, dalam kepala memang kosong. Sejak berttc ni baru aku belajar semua term2 perubatan mengenai kehamilan ni. TTC bermaksud trying to conceive atau cubaan untuk hamil. Hari tu aku pergi cah bukan sebab nak buat rawatan ke ape tapi disebabkan doktor tu jenis yang buat kerja biar sampai habis/sampai tahu masalahnya, jadi berpanjangan sampai sekarang.

Apa niat asal kami ke cah tu, biarlah ku simpan saja. Yang lain boleh kukongsikan sebagai panduan. Pengalaman orang lain mungkin berbeza sebab kami suami isteri pertama kali datang bukan nak buat rawatan kehamilan atau check kesuburan ke ape. Jadi mungkin sedikit berbeza dgn org yang memang khusus datang untuk buat rawatan.

Siapa yang patut periksa?
Suami isteri yang telah berkahwin setahun tapi belum punyai anak atau tak pernah mengandung langsung. Wanita yang pernah mengandung tapi keguguran tak termasuk ye sebab menandakan berupaya untuk hamil.

Siapa yang bermasalah?
40% dari isteri atau 40% dari suami  atau 20% dari kedua2nya. Bila keputusan diperolehi, siapapun yang bermasalah, pastikan saling mengokong bukan menyalahkan mana2 pihak. Kita hanya menjalankan takdir yang Allah tentukan, maka berusaha dan bersabar sebaiknya.

Apa doktor akan tanya?
- Pernah buat rawatan dimana2 tak?
- Period regular atau tak?Setiap 28 hari, 35 hari dsb.
- Berapa cepat/lama period datang? Setiap 2 minggu atau lepas 2 bulan pn xdatang lagi.
- Berapa hari period akan datang? 7 hari?15 hari?
- Sengugut atau tak? Kalau ya berapa hari senggugut? Keadaan masa senggugut? Sakit belakang sekali x masa senggugut? Perlukan pain killer masa senggugut?
- Semua simptom berlaku sejak kahwin atau selepas kahwin?
- Ada keputihan x? Bila berlaku keputihan? Keadaan keputihan?
- Apa keadaan cervical mucus? Creamy/sticky dsb.
- Suami/isteri merokok atau tidak? 
- Berapa kali buat intercourse dalam seminggu?
- Ada rasa sakit tak masa intercourse? Sakit di mana? 

Apa perlu bawa?
Bawalah pasangan anda, salinglah mengokong antara satu sama lain. Yang penting sentiasa redha dengan apa jua keputusan samada baik atau buruk. Plus bawa kewangan secukupnya! ^^



Banyak lagi doktor tu tanya. Banyak sangat yang nak disenaraikan di sini, so sebelum pergi jumpa doktor untuk buat rawatan tu, pastikan anda khatam kan perkara2 mengenai period dan tubuh badan anda ye para isteri sekalian. Senang doktor nak rekod dan senang nak tahu masalahnya. Bagi yang belum kahwin, tak perlu risau jika anda ada masalah period samada period datang setahun sekali ataupun period datang banyak kali. Sebelum kahwin aku pernah pergi, tapi doktor tu tak nak layan pun aku. Sama macam kawan aku pergi, doktor tu pun acuh tak acuh je bila kawan aku kata belum kahwin. Sebab hormon lepas kahwin akan berubah, jadi lepas kahwin baru jumpa doktor di samping tengok perubahan diri anda ye.

Para suami isteri sekalian yang buat rawatan tu, pastikan doktor yang anda buat rawatan tu bukan jenis business minded! Kalau pergi banyak kali, bayar dah beribu-ribu tapi keputusan/punca masalahnya masih terawang-awangan, antara ya atau tidak, banyak keraguan, maka carilah doktor lain. Takut2 doktor sebegitu melebihkan duit berbanding merawat pesakit. Tak salah kita cari doktor lain atau dapatkan second opinion sebab kita yang bayar ye! Beruntunglah jika anda dapat doktor seperti aku yang berusaha mencari punca masalah hingga ke akar umbi di samping membantu kewangan pesakit. Membantu kewangan di sini bukannya doktor tu tolong bayarkan tetapi doktor tu inform dulu setiap rawatan tu berapa kosnya (bukan main buat je rawatan, bila suruh bayar mak aiii mahalnya) dan kenapa sesuatu ubat/rawatan tu mahal dsb. Alhamdulillah.

Seseorang yang berusia 50an berpesan padaku:-
Jadikan setiap hari anda suami isteri sebagai hari honeymoon hingga ke akhir hayat. InsyaAllah anda bahagia. Aku praktikkan hingga ke saat ini. Bergelak ketawa ketika senang, bersyukur ketika ditimpa musibah, saling menghargai setiap jerih payah orang sekeliling dan yang penting saling berusaha untuk memberi kasih sayang bukan menerima sahaja. :)

You Might Also Like

0 comment