DAGING

Gulai Daging

9:09 AM

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Atas permintaan suami, last week masak gulai daging kegemarannya. Nak masak gulai daging Terengganu tapi masalahnya resepi di google semuanya memerlukan Rempah Gulai Cap Bunga Rose. Mana nak cari di Bintulu ni? Lagipun aku tak pernah pula tahu gulai daging Terengganu siap ada rempah khas nak membuatnya. Yela, sejak kahwin ni baru 2 kali ku jejak kaki ke rumah mentua, jauh sangat kami merantau. Cuti pula non ado memanjang, jadi tak beramah mesra lagi dengan resepi atau adat orang Tganu. Adoi..balik hari raya nanti baru ku beli nampaknya. Itu pun kalau balik, kalau tak balik, beraya di Johor atau Bintulu saja mungkin.

Sudahnya aku masak guna rempah biasa dari blog res.istq. Jadi gulai daging ni, gulai daging tak berapa nak Terengganu. Alhamdulillah sedap dimakan dengan nasi minyak Terengganu. Jelantah tu aku dah biasa buat dan pernah publish dulu. Jadi tiada siaran ulangan ya, kalau mahu lihat sila ke resepi jelantah atau google saja. InsyaAllah ada banyak resepi yang dikongsi oleh para blogger.

Gulai Daging

Bahan-bahan:-

1 1/2 kilo ayam atau daging
4 sudu makan minyak sapi
1 biji kulit kayu manis
3 biji buat pelaga
6 biji cengkih
2 biji bunga lawang
1 1/2 inci halia – diketuk
6 biji bawang merah – dimayang
4 biji bawang putih – dimayang
5-7 biji cili kering – direndam air panas dan dikisar
4 sudu makan rempah kurma
3-4 biji kentang (dipotong 2)
2/3 cawan tomato puree (Option:boleh juga pakai sos tomato)
8 cawan air
1 cawan susu sejat ideal
2 cawan bawang goreng (lebihkan kalau mahu gulai lebih pekat)
1-2 sudu besar kicap
garam dan gula secukup rasa

Cara2 memasak:-
1. Perap ayam/daging selama 1/2 jam dengan cili kering kisar dan rempah kurma
2. Panaskan minyak sapi
3. Tumis rempah 4 sekawan, bawang dan halia sehingga naik bau
4. Masukkan ayam/daging yang dah diperap dan tumis sehngga rempah masak dan air ayam/daging keluar
5. Masukkan air dan susu
6. Masak sehingga mendidih dan masukkan tomato puree dan bawang goreng yang ditumbuk.
8. Masukkan kentang
9. Masak sehingga gulai pekat dan kentang masak. Sekiranya mahu daging ayam/daging lebih empuk lebihkan air dan masak lebih lama.



You Might Also Like

2 comment

  1. as-salam
    sedapnye gulai daging..mkn dgn roti jala pun sedap ni..btw nice to know you..nice blog..

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam w.b.t,

    salam kenal dear ^^

    ReplyDelete