Motivasi

Dah ada isi ke?

5:01 PM


Baru-baru ni, seorang teman menghubungiku.

Dah ada isi ke?

Belum. Nanti adalah rezeki

Oooo..ye ke?

Rezeki kan dari Tuhan. Sabar saja. Kalau takde sekarang, mungkin Allah balas kesabaran tu di syurga sana...

Hakkk...alaaa...cakap macam ustazah pulak! Yela..yela..apa2 sajalah.

Aku terdiam. Ku jawab panjang kang nanti jauh menyimpang perginya. Tidak niatku untuk menunjukkan aku baik mahupun berlagak, sekadar memberikan jawapan yang baik untukku dan baik untuk orang yang mendengar. Secara tak langsung memotivasikan diri ini untuk sabar dan redha dengan ketentuan takdir. Cuba fikir kalau kujawab 'Entahla, bila nak ada pun tak tahu'. Ayat ni mungkin menyedapkan telinga orang dengar seolah2 meminta orang kasihan tapi menunjukkan diri tak redha dengan apa yang Allah rancangkan.

Ada ceramah aku dengar ustazah tu kata kita ni bercakap melalui apa ilmu kita ada. Aku dan suami sentiasa belajar untuk menjadi insan terbaik, kami cuba perbaiki diri. Perelokkan tingkahlaku, perbaiki pertuturan dan silaturrahim. Pernah ku tanya pada suami 'Kita ni dah terima dugaan besar ke?'. Suamiku kata belum.  
Setiap dugaan itu Allah nak uji iman kita dan nak beri pahala. Yang penting berapa besar hati kita hadapi dugaan. Kalau dugaannya kecil seperti dompet hilang tetapi menangis bagai nak gila, itu menunjukkan hati kita kecil untuk hadapi dugaan. Bagaimana nak hadapi dugaan besar seperti pemergian orang tersayang? Jadi aku selalu sematkan dalam hati, apa jua orang tanya, apa jua dugaannya, dugaan itu tidaklah sebesar mana nak dibandingkan dengan para Nabi hadapi dugaan lagi besar demi tegakkan agama. Jadi apalah sangat dugaan kami ni. Yang penting kena sabar dan berlapang dada.

Suamiku selalu pesan, ada orang rezeki lebih pada anak, tapi Allah duga dengan perangai anak tak elok akibat tak dididik dgn sempurna. Ada orang sempurna hidupnya tapi Allah duga dengan suami yang curang/kaki pukul segala. Ada orang rezeki pada wang dan harta, Allah duga dengan kekayaan hingga lupa pada akhirat. Ada orang diduga dengan kemiskinan tapi kaya dengan iman dan taqwa. Setiap orang rezeki dan dugaannya berbeza.

Jadi, cuba lihat diri kita. 
Kalau ada anak tetapi anak kurang ajar atau degil, mungkin ada amanah Allah tak tunaikan. Seperti buka aurat, tak solat, kurang ajar dengan suami/isteri, tak tunai zakat, sumber rezeki tak halal dsb. Ada ustaz kata laman sosial adalah fitnah terbesar zaman sekarang. Cuba lihat, gambar2 yang diupload di blog, di laman sosial ataupun yang rakan2 tag tu, ada tak yang buka aurat?Ada tak yang terselak lengan baju mahupun ternampak kaki? Kalau ada, cepat2la buang.

Kalau belum ada anak, pantau diri juga, mungkin kita jauh dari Allah, maka dekatkan diri dengan Allah. Setiap dugaan itu menunjukkan Allah beri peringatan pada kita sebelum terlewat. Alhamdulillah jika kita ditimpa musibah. Sebab bila kita tak ditimpa musibah, kita akan seronok dengan dunia dan lupa dengan akhirat. Takut2 bila nyawa nak dicabut, masih lagi kejar keseronokan dunia. Jadi bagaimana dengan nasib di akhirat kelak?

Entri ni secara tak langsung mengingatkan diri aku juga. Aku tak pandai bab agama tapi cuba untuk kongsi ilmu dan memotivasikan para ttcians di luar sana. Ku harap ilmu yang kupelajari ini bermanfaat dan dapat kekal di ingatanku jika kusampaikan pada orang lain. Segala puji hanya pada Allah s.w.t. Moga tidak dihijab doa kami, diberi kekuatan untuk taat kepada Allah dan diberi kekuatan untuk sentiasa bersyukur dengan ketentuan Allah s.w.t. Amin.

You Might Also Like

2 comment

  1. be strong! Allah x bg kita rezeki anak lg, tp Allah bg kita rezeki lain..maybe kita x nmpk semua tu..tp Allah dh tentukan hidup kita sebaiknya..InshaAllah :)

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah, Allah Maha Besar ^^

    ReplyDelete