AYAM

Nasi Ayam Penyet

8:37 AM

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Tak mahu celoteh panjang, banyak kerja kena disiapkan hari ini. So, jamu mata pagi ni dengan nasi ayam penyet resepi k.wana kita yang popular tu. Resepi memang gerenti sedap, makan insyaAllah bertambah. Paling best rempahnya digoreng bersama tauhu mahupun tempe, memang sedap! Tak rugi cuba dab bersilat bagai di dapur! Mana tahu tiada idea nak masak ape tengahari, boleh goreng tempe/tauhu dengan rempahnya sebagai hidangan tambahan. Mau ada yang minta diulang gorengnya. hihi ^^

Resepi Nasi Ayam Penyet

1 ekor ayam ( potong2 dan asingkan bhgn isi dengan yng bukan isi eg kaki, kepak, leher, tulang dada utk di buat sup )
1 keping tempe ( dalam peket )
4 keping tauhu
Tepung beras ( anggaran utk tabur pada ayam,tempe dan tauhu goreng )
Ulam2 ( saya guna kobis, kacang panjang, timun dll )

Bahan kisar
1 sudu makan ketumbar biji
1 sudu teh jintan kasar
1 sudu teh jintan halus
1 sudu teh lada putih
1 sudu teh serbuk kari
1 sudu teh serbuk kunyit
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 kiub ayam

( bahan kisar ini agak banyak dan nanti akan di gunakan utk memerap ayam, tempe, tauhu dan digunakan untuk membuat serdak @ kremes )

Cara Penyediaaan

1. Kisar bahan2 di atas bersama 1/2 cawan air, garam, gula dan bahan perasa/kiub ayam yang dihancurkan.
2. Kemudian perap bahan kisar bersama bhgn ayam yg telah di cuci dan di bersihkan.
3. Simpan dan perap ayam dalam peti sejuk beberapa jam sebelum di goreng.
4. Untuk menggoreng ayam, taburkan sedikit tepung beras pada ayam yang telah perap tadi kemudian goreng ayam seperti biasa.
5. Untuk tauhu, potong dua melintang, kemudian gaulkan dengan lebihan rempah perapan ayam tadi, masa nak mengoreng taburkan sedikit tepung beras dan lumur hingga rata. kemudian barulah di goreng seperti biasa.
6. Untuk tempe, potong 4 dan belah dua melintang, kemudian gaulkan dgn lebihan rempah perapan ayam. Masa mengoreng boleh tabur dengan sedikit tepung beras dan goreng seperti biasa.

…………….

Untuk sup

Bahagian kaki, kepak, leher, tulang rusuk ( dipotong2 )

Untuk Tumisan
3 ulas bawang putih ( di tumbuk )
3 ulas bawang merah ( di hiris )
1 biji bawang besar saiz kecil ( ditumbuk )
1 inci halia ( di ketuk kasar/ ditumbuk halus
1/2 sudu makan lada putih ( ditumbuk )
rempah 3 sekawan secukupnya ( kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga )
1 sudu makan rempah sup serbuk/ rempah bunjut
garam secukupnya
sedikit perasa/ kiub ayam – jika suka
air secukupnya untuk kuah
minyak untuk menumis
daun bawang/ daun sup ( bahan tabur )

Cara membuatnya

1. Tumis rempah 3 sekawan serta bahan2 hiris/tumbuk hingga wangi kemudian masukkan ayam, rempah bunjut dan air.
2. Masak hingga ayam empuk, masukkan garam dan kiub ayam, sesuaikan rasa, bolehlah di tutup api….



Untuk Sambal

5-6 biji cili merah
secekak kecil cili padi ( boleh kurang jika tak suka pedas )
3 biji buah tomato – saya guna saiz besar
belacan bakar ( anggaran 1 1/2 inci )
1 sudu makan garam
2 sudu makan gula
1 -2 biji limau kasturi- ambil jusnya

Cara membuatnya

1. Kisar semua bahan diatas bersama sedikit air masak.
2. Sesuaikan rasa garam dan gulanya – bolehlah terus dihidangkan!!

……….

Bahan Serdak @ kremes

1 biji telur ayam
1 cawan air ( saya guna cawan kecil )
2 1/2 sudu penuh tepung beras
sedikit rempah perapan ayam tadi
sedikit garam

Cara membuatnya

1. Satukan dan kacau hingga sebati bahan2 diatas. Kalau bancuhan agak pekat tambah lagi sedikit air….
2. Panaskan minyak ( banyak ) dalam kuali….
3. Bila minyak dah panas… masukkan sesenduk kecil dan spread/tebar kan bancuhan tepung dalam minyak.
4. Cepat2 kacau dan goreng hingga kekuningan dan garing ( cruncy ).
5. Angkat menggunakan tos… dan buat hingga habis…

………

Untuk menghidang

Hidangkan nasi, tempe dan tauhu goreng, ayam goreng, ulam dan sup ( dalam mangkuk kecil ). Serdak @ kremes tu di taburkan kat atas ayam dan tempe/tauhu….. dan bolehlah menjamu selera

You Might Also Like

0 comment