Apa Kata Anda?

Perempuan! Jangan jalan sorang-sorang!

9:44 AM


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Entah kenapa semalam terbaca mengenai hukuman mati menanti perogol (kes wanita dirogol beramai2 di India), fikiran aku terimbas kembali pengalaman 4 tahun lepas. Sedikit pengalaman yang buka mata aku sampai ke hari ini. Yang sebabkan aku lagi berhati2.

4 tahun lepas adalah dimana aku dah kerja, jadi memang sakan berjalan dari Johor-Selangor-Johor. Aku memang suka berjalan. Suka tengok tempat orang. Memang kebiasaan aku ambil komuter dari KL Sentral ke Segamat. Aku tak berapa suka naik bus sebab lenguh kaki dan masa perjalanan agak panjang daripada naik komuter. Tapi ada satu kali tu, memang tiket komuter KL Sentral-Segamat habis. Nak tak nak kena naik bus dari Seremban ke Segamat. Kalau korang yang pernah pergi ke Stesen KTM Seremban tu, akan ada satu lorong panjang dari stesen KTM sebelum sampai ke Stesen Bus Terminal 1. Itu dulu, sekarang aku tak tahula macamana keadaannya.

Pakaian aku masa tu, seluar jeans, baju cotton panjang paras lutut, tudung bawal kancing kiri kanan (macam rama2, bukan selempang ye), berkasut bertutup penuh berstokin bersama beg sandang belakang. Ok, cuba imagine, aku ni gaya muslimah yang memang sah2 insyaAllah tutup aurat masa tu tapi ada orang datang gak dekati aku. Aku jalan memang laju sebab tak suka buang masa. Masa tengah berjalan dalam lorong tu (ramai orang), ada lelaki datang dekati aku jalan seiring sebelah kanan aku. Makin laju aku jalan, makin laju dia jalan. Aku buat tak tahu memikirkan yang dia ni nak tawarkan perkhidmatan teksi/van sapu je tapi dia memulakan bicara.

Sorang je? Nak pergi mana?

Balik rumah. 

Rumah mana?

Seremban (Aku tipu)

Ada masa tak? Jom kita tengok wayang.

..... (Aku diam sambil pandang dia dan jalan makin laju)

Ada cerita best. Jomla..kita tengok wayang.. Cerita hantu. Nak tengok x? Jomla..

Tak tengok wayang la! ( Sedikit tegas & menjerit )

Lepas tu dia berhentikan langkah dia dan aku jalan terus ke stesen bus tanpa toleh ke belakang lagi. Masa tu kecoh pasal perempuan kena pukau bila disentuh lelaki, jadi alhamdulillah aku selamat dari perkara tak diingini. Sekarang bila aku fikir balik, apa akan jadi jika perempuan yang didekati lelaki tu masih naif ataupun mudah terpedaya. Tak dapat aku nak bayangkan. Dalam ramai2 orang pun boleh berlaku jenayah tanpa kita sedari. Aku ingat2 lupa muka lelaki tu, tapi masa tu orangnya berisi, pakai baju kemeja putih lengan panjang, seluar slack, umur dalam lingkungan 30an.

Kenapa tak naik kereta pergi KL? Naik komuter lagi banyak pengalaman dari naik kereta cuma risiko lagi tinggi. Tapi naik kereta ataupun komuter, tetap akan sorang2 bukan? Sejak tu aku seboleh2nya elakkan diri dari jalan sorang2, walaupun di tempat ramai orang. Satu lagi sebab muka aku ni, umur je nak masuk 30an dah tapi rupa macam budak sekolah sebab badan aku yang kecil. Fizikal dan rupa aku ni yang menjadi salah satu sebab penjenayah senang nak dekat. Perempuan/remaja di luar sana, berhati2. Jangan jalan sorang2. Kalau ada orang dekati, tak kiralah laki atau perempuan, tua atau muda, please cepat2 larikan diri. Zaman sekarang adalah zaman jenayah makin berleluasa. Jaga diri, jaga ahli keluarga sebaik2nya.

You Might Also Like

0 comment