TTC

Ilmu tentang BBT

6:16 PM

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Sejak mula berTTC ni, banyak benda aku belajar. Lepas satu dapat satu ilmu, belajar lagi satu ilmu. Sebab itu ada orang kata, makin kita belajar, makin cari ilmu, makin jadi orang yang tak tahu. Yela, ilmu ni sangat meluas. Bukan sekadar ilmu keagamaan, ilmu bagaimana belajar untuk redha dan sabar akan ketentuan Allah tetapi belajar tentang ilmu kesihatan. Belajar tentang pelbagai jenis penyakit, cara mahupun apa jua yang berkaitan dengan ilmu kehamilan.

Perkara pertama aku belajar dulu ialah tentang BBT (Body Basal Temperature). Explore satu persatu tentang bbt ni sampailah kini ia sangat2 berguna untuk kami. Perempuan yang belum kahwin pun boleh amalkan catat suhu ni. Satu je kalau nak amalkan benda kena sangat2 DISIPLIN! Kalau korang jenis tak disiplin, maka akan sia2 buat benda ni.

BTW, ilmu ni tentang rumahtangga, kalau anda suami dan masih tak tahu, pelajari ilmu ini dan boleh syorkan pada isteri anda. Jangan harapkan isteri berusaha sorang2 cari ilmu rumahtangga. Kalau anda belum kahwin tapi geli nak baca, pls jangan sombong dengan ilmu. Mana tahu satu hari nanti ilmu ni yang anda perlukan selepas kahwin. Ini ilmu, kalau tak suka/nak kutuk, jangan baca!

Tujuan ambil BBT
- Mengetahui waktu subur (Melalui gambar atas ni, waktu subur pada hari ke 14 iaitu pada 12/4 pada suhu 36.4C) 
- Boleh ramal bila waktu subur ( Senang untuk intercourse )
- Boleh ramal bila waktu period akan datang ( Senang g mana2 leh standby pad )
- Boleh tahu berapa cycle setiap kali period ( Normal biasanya 28hari ) 
- Boleh rancang kehamilan ( Kot2 anak dah ramai, tapi tak mau pasang implan atau makan pil perancang, bila dah tahu waktu subur, senang boleh elakkan intercourse) 
- Boleh tahu anda telah hamil atau tidak! (Jika suhu naik je, maka hamil la tu)
- Boleh tahu keguguran ( Bila dah tahu hamil, tetiba suhu jatuh, maka risiko keguguran ada ) 

Cara ambil BBT
- Beli termometer digital. Beli digital ye jangan manual punya. Kalau dapat yg specialize utk catat BBT lagi baik. Harga dalam RM30-RM60. Watson/Guardian banyak! 
- Bangun tidur je (lepas ucap alhamdulillah), jangan bangun/berjalan tapi capai termometer terus ambil suhu badan! Make sure bangun tetap tiap hari. Julat hanya 30min saja sah. Maknanya kalau bangun 5.30 pg, korang boleh ambil suhu dari 5.30pg hingga 6pg saja. Dan pastikan tido sekurang2nya cukup 3jam.
- Masukkan data suhu tu dalam web BBT. Daftar dulu ye. Free! Kalau malas buka web hari2, boleh catat kat kertas dulu, kendian leh masukkan. Tapi aku suka masukkan hari2, boleh tahu perkembangan. Cewahh!

Graf atas ni, yang warna hijau tu, diramal untuk subur. Warna merah tu menunjukkan waktu period. Warna merah belah kanan, 25/4 suhu jatuh maka itu hari pertama period. Simbol C@W tu menunjukkan cervical fluid iaitu kalau watery/eggwhite, maka suburla tu.  

Sebenarnya banyak nak kena explain pasal bbt ni tapi nanti bosan pula nak baca panjang2 kan. Bolehlah tanya kalau sudi nak tahu ye. Atau boleh google, banyak info pasal ni. Carta atas ni pula jika anda telah mengandung. Label + warna hijau tu menunjukkan kemungkinan anda mengandung. Untuk lagi tepat, bila dapat label hijau + tu kenalah buat UPT (Urine Test Pregnancy). Lepas tu suhu tu memang akan tinggi, menunjukkan orang hamil suhu badan memang tinggi berbanding orang tak hamil.

Syukur alhamdulillah bagi anda yang telah berjaya hamil. Anak itu adalah ujian dan amanah anda. Bagi yang belum hamil, syukur alhamdulillah juga sebab Allah pilih kita untuk diuji sebegitu. Lain orang, lain ujian dan dugaannya. Yang penting jangan persoal kenapa kita diuji sebegitu. Sebaik-baik perancangan adalah perancangan Allah s.w.t.  ^^

You Might Also Like

4 comment

  1. Boleh guna untuk family planning ni. Hehe. tapi kena disiplin, kalau culas2 macam sy ni susah nihh. >_<

    ReplyDelete
  2. Ilmu yang bermanfaat...thanks sis... sy pon tgh berbbt skrg ni..huhu

    ReplyDelete
  3. Dia boleh tahu kita hamil ke tak ea ? Cmne tu nak tahu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. [Najiha Tayyibah] - Dari gambar terakhir atas tu, ada peningkatan suhu yg berkadaran dengan org hamil. Itu yg +ve dan graf jd hijau. Tapi bukan semua suhu naik tu tanda hamil. Kadang2 dia x dapat detect juga tanda tu. Macam sy itu hari, suhu naik tp graf x keluar +ve or tukar hijau pun. Sebab xdatang period sy buat upt baru tahu mengandung. Then masuk kt graf buat upt +ve, baru line tukar hijau. Wallahua'lam

      Delete