BUAH-BUAHAN

Jambu Keling!

8:21 AM


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Pagi yang sangat mendung. Jam 8 pg di sini umpama jam 9 pagi di Semenanjung tapi embun penuh keliling rumah. Matahari masih berselindung di sebalik awan. Mood pun suam2 kuku. Tengahari ni masak bubur saja. Selera sangat kurang ditambah perut kurang selesa sejak dua menjak ni. Malam tadi termimpi ada orang bagi baby. Baby boy lagi. Entah kenapa mimpi macam tu. Cerita pada hubby, hubby kata seronok..Haha..

Aku memang peminat jambu. Jambu batu, jambu air, jambu madu, apa jua jenis jambu semua aku suka. Rumah mak aku di kampung ada jambu madu 2 pokok depan rumah, 1 pokok jambu air tepi rumah dan1 pokok jambu keling dalam gambar ni. Dulu ada pokok jambu batu tapi ditebang dek kerana menghalang laluan kereta motor. Jambu keling ni adik beradik jambu susu, sangatlah sedap! Lagi2 makan dengan pencicahnya. Mau tak pandang kiri kanan.hihi. Tapi pokok jambu ni punyalah banyak kerengga. Sudahnya yang jadi mangsa panjat bapak aku and adik ipar..Bapak aku kata, kerengga tu kalau bapak panjat semua lari takut ngan bapak. True! Aku pernah g sungai dengan bapak aku, ada lintah, tapi semua lintah tak pergi kat kaki bapak aku tapi hinggap kat kain aku..euwwww! Mau tak jerit aku. Bapak aku kata 'Apa jua haiwan, semua akan pergi pada orang yang takut. Kalau orang tu tak takut, haiwan tak mau datang.' Aku tak tahula betul ke tak, tapi lintah hari tu memang camtu.

Ok, sebenarnya buat entry pasal jambu keling sebab teringin nak makan. Lagi2 sebab aku sudah mahu pulang! Harap2 berbuahlah pokok jambu ni nanti saat aku pulang 2 minggu lagi ^^.

You Might Also Like

4 comment

  1. Awak.. jambu ni ada kat kampung awak lg x?
    Sy mcari2 jambu ni..klu ad..tolong inform..sy nk beli dr awak.. tq..

    ReplyDelete
  2. Maaf sekarang bukan musim dia berbuah. Mungkin boleh beri alamat email. Nanti berbuah saya email. Tq

    ReplyDelete
  3. saya juga sedang mencari buah ini ..agak-agak ada ke.. sedang mengidam
    email saya b.merah17@gmail.com

    ReplyDelete
  4. Ade x buah ni.. Teringin nk mkn.. Pls inform kt sy.. Misz.iena@gmail.com

    ReplyDelete