KUIH

Pau

10:49 AM


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Sarapan pagi dengan pau inti kaya. Ini kali ketiga aku buat pau. Ada orang kali pertama cuba pun dah berjaya tapi aku percubaan kali ketiga baru berjaya, baru dapat pau yang lembut. Percubaan kali pertama gagal sebab tak guna tepung pau/tepung hong kong. Bila dah dapat tepung pau, double acting baking powder pula tiada. Kalau nak alter memang aku tak reti, banyak lagi kena belajar. Lagipun nak cuba jaya, alter sana sini, bahan2 susah nak diperolehi. Pernah sekali tu aku cuba jaya buat kuih ke ape ntah, 2 -3 hari lepas tu nak buat cekodok tapi kehabisan stok tepung gandum. Hampa juga hati masa tu, mengenangkan jauh lagi masa nak keluar ke bandar. So kena follow setiap resepi betul2 agar tiada pembaziran berlaku. Alhamdulillah last week pergi pesta buku, terjumpa pula double acting bp ni. Syukur tak terhingga.

Aku memang bukan pakar dalam masak memasak ni. Sikit2 aku reti la. Tapi aku suka bila aku masak sedap dan dapat tengok hubby or family makan dengan selera dan gembira. Jadi secara tak langsung hati ni meronta2 nak belajar memasak dengan gigih. Bila gagal dan hasilnya ke tong sampah, hubby kata takpe nanti cuba lagi. Dari hanya tahu apa itu garam gula sampai la tahu apa itu water roux. Sekarang macam2 resepi ada dalam simpanan. Tinggal nak cuba, berjaya atau tak je. Terima kasih pada sesiapa yang share resepi best2 tu. Alhamdulillah.

Pau Inti Kaya
( Sumber: DTS ) 

Bahan-Bahannya :-)
240 g tepung Hong Kong/Tepung halus/tepung waterlily/tepung pau
1 camca teh Double-Acting baking powder
1 camca teh instant yeast
1/2 camca teh garam
25 g lemak sayur (shortening)
100 ml air suam*
30 g gula halus*
1/2 camca teh cuka*(*disatukan, kacau hingga sebati)
Inti kacang merah secukupnya atau pun ikut kegemaran masing2

Cara membuatnya :-)


  1. Satukan tepung, yeast, garam dan double-acting baking powder dalam satu bekas, gaul hingga rata. Tuang bahan yang disatukan sedikit demi sedikit hingga habis dalam adunan tadi sambil digaul hingga menjadi doh.
  2. Masukkan lemak sayur dan terus menguli hingga menjadi doh yang lembut dan kenyal (lebih kurang 15 minit). Masukkan dalam bekas lain, tutup permukaannya dengan plastik cling dan biar 45 minit hingga doh naik sekali ganda.
  3. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan di atas kecuali "inti" ke dalam bread maker, pilih setting for dough dan tekan. Biar hingga siap.
  4. Keluarkan doh, uli sekejap dan bagi kepada 10 bahagian (kurang lebih 40 g setiap bahagian) dan bulat2kan. Ambil satu, leperkan dan isi inti, tutup kemas dan bukat2kan, letak atas kertas minyak yg telah dipotong 2 inci x 2 inci dan sapu dgn sedikit lemak sayur. Buat hingga siap.
  5. Rehatkan 25 minit dan kukus atas air mendidih selama 15 minit. Angkat dan boleh dihidangkan panas atau pun suam...Selamat mencuba 

Sebagai panduanku di masa hadapan. Kesilapan yang kulakukan dalam proses membuat pau:
1. Guna tepung yang tak sepatutnya. Resepi yang aku try adalah yang guna tepung pau, jadi mesti lain hasilnya kalau guna tepung biasa. Ada resepi yang guna tepung gandum tapi belum ku cuba lagi.

2. Uli tak lama. Hari ni aku follow betul2, separuh aku uli guna tangan separuh ku masukkan dalam breadmaker.

3. Perap tak lama. Kali ni aku panaskan oven dan kuletak doh atas oven. Memandangkan aku dah guna double acting bp, jadi bila dah naik, gebu je pegang.

4. Air menitik ke atas pau semasa mengukus. Memandangkan pengukus aku 2 tingkat, jadi mudah untuk aku balut kain di tingkat pertama supaya air tak menitik kena pada pau.

Syukur alhamdulillah

You Might Also Like

0 comment