Agama Islam

Part I | Sayangkan anak, tanya-tanyakan!

8:54 AM


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Biasakah kita mendengar 'Sayangkan anak, tangan-tangankan?'. Bagaimana kita sebagai ibubapa mahupun mengaplikasikan frasa ini dari segi perspektif Islam? Adakah kita sayang dengan menunjukkan rasa marah? Atau tindakan memukul anak menunjukkan kita sayang pada mereka? Dalam Islam, bila bercakap dengan seseorang, kita haruslah bercakap mengikut kadar fikiran, akal dan kefahaman mereka. Kalau sayang pada anak, kena tanya anak, adakah mereka faham kita sayang pada mereka.

Dalam zaman moden ini, frasa di atas perlu diubah kepada 'Sayangkan anak, tanya-tanyakan'. Bagaimana?
a) Dengan bertanya dan menangani masalah bersama dengan anak2
b) Dengan bertanya dan menangani masalah dengan ilmu pengetahuan 

Individu berkembang pada 4 peringkat. Pastikan 4 perkara ini dipenuhi 
 a) Fizikal 
b) Akal 
c) Emosi 
d) Roh/spiritual

Sayangkan anak lebih kepada emosi. Bagaimana anak dapat mesej ibubapa sayangkan mereka? Ada anak2 tahu mereka disayangi tapi hati mereka rasa tak disayangi. Anak2 tidak faham bagaimana kita luah rasa sayang. Rasa  kasih sayang penting untuk pembesaran dan keyakinan anak2.

Hati anak2 umpama tong/gelas.Perlu diisi dengan kasih sayang. Bila tangki penuh dengan kasih sayang, maka anak ini sudah merasakan kenyang. Tapi bila kontang, tiada kasih sayang maka anak ini akan cari di mana kasih sayang. Sebab itu ada istilah anak yang telah diyatimkan sebelum tiba masanya.

~ Ustazah Isfadiah Dasuki

bersambung.... 

You Might Also Like

2 comment

  1. Salam Mel,

    sy tak tau dari mana sy jumpa link blog mel. sejak dari tu, sy add dalam bacaan bloglist sy. ape yang mel tulis biasa nye terkesan kat ati sy. ehehe :)

    terima kasih Mel utk ilmu. :)

    ReplyDelete
  2. Wsalam ielah,

    Alhamdulillah syukur. Moga ilmu yang sedikit ini bermanfaat dan boleh disebar-sebarkan. InsyaAllah. Amin ^^

    ReplyDelete