بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum. Seminggu selepas buat rawatan pap smear di CAH, aku dapat tahu keputusan. Nak kata berdebar pun tak, nak kata tak debar pun tak, biasa2 saja. Sembang2 sebelum ni dengan mak aku, mak aku kata relax je, last dia buat masa lahirkan adik lelaki aku, iaitu 18tahun lepas. Kalau keputusan normal alhamdulillah, kalau keputusan abnormal, itu tandanya ada cancer.
Alhamdulillah, keputusan baik2 saja. Syukur sangat2. Satisfactory!
Inflammatory exudate: No evidence of significant leucocyte response!
Susah nak explain term perubatan ni. Boleh baca di link la ye.
Link: Pap Smear Results
Kalau belum buat, g la buat ye. Kalau rasa mahal hosp swasta, boleh ke hosp kerajaan. Kalau rasa malu dengan doktor lelaki, cari doktor perempuan. Tapi kat tempat aku ni memang takde pilihan. Nak balik ke Semenanjung cari doktor perempuan? Nak sangat tapi banyak buang masa dan duit di situ. Sekarang masa cepat sangat berlalu, aku rasa baru 1hb, tup..tup rupanya dah 3hb..Jadi tak nak buang masa. Lagipun pada pandanganku, ini baru ambil ujian, belum lagi beranak nanti. Ujian ni tak sakit pun, cuma tak selesa. Result seterusnya yang dalam proses adalah progesterone test! Pertengahan bulan ada appointment lagi, kena ambil suntikan vaksin lagi 4 kali.
Ya Allah, berilah pahala atas musibah yang menimpa kami dan gantikanlah dengan yang lebih baik. Amin
0 comment