Agama Islam

Srikandi GAZA

8:11 AM


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Tiap2 kali melihat rancangan Assalamualaikum @TvAlHijrah ni, memang teruja. Penuh dengan pengisian ilmu tak kiralah ilmu agama, ilmu dunia, ilmu akhirat, ilmu rumahtangga mahupun isu semasa. Salah satu topik semalam ialah tentang Srikandi GAZA. Di mana yang kita semua sedia maklum Heliza Helmi dan Salima Habibi telah selamat pulang dari Gaza. Dengan membawa banyak pengalaman dan ilmu untuk dikongsi bersama. Sangat berinspirasi dan sangat memberi semangat dengar pengalaman mereka.

1. Setibanya di sana, mereka disambut meriah oleh rakyat Palestin. Mereka mengamalkan sunah Nabi iaitu memuliakan para tetamu yang datang. Heliza berkata, ia adalah tempat paling aman yang dirasai ketika tiba di sana.

2. Redhanya rakyat Palestin terhadap apa yang menimpa mereka sangat tinggi.
- Seorang kanak2 yang kehilangan matanya tetapi menjadi seorang kanak2 yang ceria. Bila ditanya adakah tidak sedih? Jawabnya, jika kamu beri saya satu lagi mata pun, saya tidak mahu kerana mata yang hilang itu akan menjadi saksi di akhirat nanti.
- Kehilangan ahli keluarga. Bila ditanya mereka menjawab, tipulah jika dikatakan mereka tidak sedih tetapi mereka telah menghantar ahli keluarga mereka di tempat yang baik iaitu syurga.

3. Kita di sini belajar untuk mendapatkan sijil/ijazah, bekerja untuk mendapatkan duit tetapi mereka di sana ada yang menjadi wartawan, ada yang menjadi doktor. Mereka belajar/bekerja hanya untuk mendapatkan tempat di Jannah.

4. Mereka berkata janganlah kasihan pada mereka tetapi mereka yang kasihan pada kita di luar kerana rakyat Palestin adalah insan yang dipilih Allah s.w.t untuk berjuang mempertahankan BaitulMaqdis. 

Apa yang kita boleh lakukan untuk membantu mereka di sana? Agar kita pun sama2 berjuang mempertahankan BaitulMaqdis. Salima ada menyebut satu hadis yang popular digelar Hadis Maimunah.

Berkata Maimunah r.ah kepada Rasulullah s.aw. : wahai Rasulullah, berikan kami wasiat/fatwa berkenaan Baitul Maqdis?
Maka baginda s.a.w bersabda : "Ia adalah tempat Mahsyar dan Kebangkitan. Datanglah kepada Baitul Maqdis, lalu solatlah di sana."
Berkata Maimunah : Jika aku tidak dapat ke sana, bagaimana pula ?
Jawab Baginda s.a.w : "Maka kamu hadiahkanlah minyak tanah untuk menyalakan pelita dalam Masjid Al-Aqsa (Baitul Maqdis) itu. Kerana barangsiapa yang menghadiahkan minyak bagi pelita/lampu dalamnya, ia adalah seperti orang yang datang ke sana."

Jadi jika kita tak dapat pergi ke sana, bantulah sedaya upaya dari jauh. Bantulah mereka mempersiapkan diri berjuang mempertahankan BaitulMaqdis. Antaranya:

1. Kita boleh kumpul duit sesama ahli keluarga untuk memberi sedikit sumbangan duit. Sedekah tidak akan mengurangkan harta kita malah mensucikan harta dan hati.

2. Boikot! Masa nak makan/guna tu, ingatlah rakyat Palestin yang dibunuh di sana. Cuba letakkan diri kita di tempat mereka. Buatlah ikut kemampuan. Kita tak boleh boikot semua, tapi boikot sikit2. Yang sikit itu kalau ramai buat akan jadi banyak

3. Berdoa. Doa adalah senjata orang mukmin.

Kalau kita tak boleh membantu secara besar-besaran , bantulah secara kecil-kecilan tetapi jangan ditinggalkan amalan membantu. Jangan jadikan bantuan ini bermusim. Usahalah untuk membantu walaupun sedikit. Ingatlah, apa yang kita lakukan di dunia akan menentukan tempat kita di akhirat samada ke neraka mahupun ke syurga.

LINK: Sedikit pengalaman yang boleh dijadikan inspirasi dan membuka hati untuk kita membantu

You Might Also Like

4 comment

  1. nice perkongsian dan ingatan. entry sye hari ni Jumaat juga berkaitan sedekah :)

    ReplyDelete
  2. singgah pagi =) lillahhitaala kan segala2nya

    ReplyDelete
  3. rakyat palestine memang insan terpilih.

    tabah sungguh mereka. :)

    ReplyDelete
  4. insyaAllah.. cuba boikot semampu yg blh :)

    ReplyDelete