Agama Islam

Pening anak bergaduh!

9:47 AM


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum.

Aku masih belum punya anak, tetapi insyaAllah jika rezeki dan jodoh itu ada, pasti Dia beri. Kalau takde pun, pasti Dia gantikan dengan yang lebih baik. So dalam menanti kehadiran rezeki anak itu, mari sama2 kita menimba ilmu. Ku perolehi ilmu ini dari Ustz. Isfadiah Dasuki di rancangan Assalamualaikum. Aku sangat gemar ustazah ni, bila melihat dia bercakap buat aku terpaku. Terpaku dengan senyuman ketika berbicara, terpaku dengan interaksinya bersama penonton/pengacara dan yang penting terpaku dengan setiap kata2nya yang perlu pengisian.

Aku dengar slot tentang isu anak bergaduh ni dari awal bicara namun dek kerana aku dah terpaku mendengar bicara ustz ni, sampaikan aku tak bergerak2, jadi tidak kucatitkan pengisian bicara itu. Minggu lepas ku kira rancangan tu..tapi minggu ni sudah kulupa. Ah...ada kekhilafan di situ! Seingatkan aku tekniknya ada 3@4 tapi yang aku ingat cuma 3 jenis. Maafkan aku yang pelupa ini. Selepas ini harus kucatit setiap ilmu agar boleh ku kongsi semuanya dengan rakan pembaca.

Meleraikan anak yang bergaduh:-

Ikut cara Rasulullah s.a.w. 
Tegur yang lebih dewasa. Dalam meleraikan pergaduhan antara Hasan dan Husain, Rasulullah s.a.w menegur yang lebih dewasa, abang dan bukan adik. Teknik ini bertujuan jika menegur yang lebih dewasa, maka yang lebih dewasa akan bertindak sebagai pemimpin dan membimbing yang kecil.

Ajar untuk berkongsi. 
Kadang2 anak2 suka berebutkan sesuatu seperti buku dan mainan, maka ibubapa seharusnya mengajar untuk berkongsi. Berkongsi agar sesiapapun dapat manfaat yang sama.

Ambil barang yang direbutkan. 
Jika anak2 berebutkan sesuatu contohnya basikal, teknik ini boleh digunapakai oleh ibubapa tetapi tidak digalakkan untuk diamalkan. Dikhuatiri akan membawa teladan buruk bila dewasa. Ibubapa nak tunjuk teladan baik masa kecil tapi takut2 anak2 fikir kalau diri tak dapat sesuatu benda tu, maka orang lain pun tak boleh dapat benda yang sama.

Yang ada anak tu jangan pening2 la anak bergaduh. Lumrah tu. Yang penting mak ayah kena sabar sentiasa dan pandai handle. Cari ilmu rumahtangga banyak2. Dan jangan sombong tanya orang, jangan sombong masa tuntut ilmu, besar tanggungjawab Allah bagi tu.

- ISLAM ITU INDAH -

You Might Also Like

0 comment