بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum. Semalam ada temujanji dengan doktor di CAH lagi. Temujanji untuk dapatkan report rawatan biopsy dan juga pap smear hari tu. Tapi agak panjang untuk kuceritakan di sini. Lain kali saja. So entri today pasal suntikan vaksin. Aku dengan husband decide dah alang2 datang hospital, buat saja semua yang doktor syorkan. Takde la nanti aku nak datang 2-3 kali kan. Bab bayaran, kami fikir kemudian...boleh gitu? Aku dapatkan 2 kali suntikan vaksin ni semalam. Suntikan vaksin HPV dan suntikan vaksin Hepatitis B. Setiap satu kena ambil 3 kali. Total 6 kali kena ambil suntikan ni. Jadi kiri kanan bahu dicucuk semalam. Saat entri ni ditulis, masih sakit kedua2 tanganku. Appointment seterusnya bulan Jan nanti.
Aku pernah ambil suntikan vaksin HPV ni masa tahun 2011. Dek kerana aku dalam proses pindah ke Sarawak masa tu dan kontena yang membawa barang dan kereta agak lewat tiba dari Semenanjung, jadi terlepas tarikh sebenar untuk ambil suntikan kedua. *Lupa*. Nak tak nak kena ambil pelalian ni semula. Pasal HPV ni aku dah cerita sikit di entri tu, jadi tak perlu ku ulang di sini. Oh ya...pasal bayaran suntikan kali kedua ni, harganya berbeza dari yang kuambil di Klang. Agak mahal sedikit.
Suntikan kedua pula adalah suntikan Hepatitis B. Suntikan diambil untuk mengelakkan dari terkena virus Hepatitis B. FYI, di Malaysia suntikan ini mula diberikan pada tahun 1989. Jadi sesiapa yang lahir sebelum tahun itu, maka perlulah ambil suntikan ni. Ada dua choice, nak ambil sekarang atau ambil ketika pregnant. Suntikan ni penting sebab jika ibu adalah pembawa virus, dikhuatiri akan menjejaskan janin. Virus ini boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang, cancer buah pinggang, dan juga komplikasi buah pinggang.
Maklumat lanjut: HEPATITIS B VACCINE
Tanyalah doktor anda tentang suntikan pelalian sekarang!
0 comment