Apa Kata Anda?

komen anon

10:01 AM


Jujur aku cakap, aku buat blog untuk manfaat orang lain. Aku nak saham pahala di situ. Nak kongsi ilmu biar orang lain boleh guna. Aku harap tak dapat banyak sedikit pun adalah ganjaran pahala untuk aku bawa ke dunia kekal nanti. Aku amat berhati-hati dalam menulis entri, takut2 dek kerana ayat aku tu aku bukan dapat pahala tapi dapat dosa. Satu ketika dulu ada anon yang komen menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap apa yang aku tulis dalam entri aku. Aku ni insyaAllah seorang yang berlapang dada, tapi komen anon ni buat aku...entahlah...susah aku nak gambarkan perasaan aku masa tu..

Isu berlagak.
Sedikit pun aku tak de niat nak show off dengan apa yang aku ada. Contohnya kalau aku cakap aku beli peti ais besar dan explain pasal penjimatan elektrik, pasal penjimatan duit kalau guna kupon, pasal banyak barang boleh isi, pasal bagus juga beli jenama ni and so on. Niat aku nak kongsi pasal kebaikan peti ais tu je tapi mungkin ada orang fikir aku nak tunjuk aku beli peti ais. Please ok...aku nak kongsi ilmu di situ, sekarang ni duit macam air, nak beli apa pun kena survey dan search maklumat dulu. Bila aku kongsi, kan dah senangkan kerja orang lain cari maklumat. Lagi satu sedar tak dunia ni pinjaman, jadi buat apa aku nak berlagak dengan lebihan rezeki yang aku ada. Bukan milik kekal aku pun. Milik Allah s.w.t.

Isu bahasa.
Kot iye pun aku ada buat salah ke, tegurlah elok2 dan berhemah. Manusia kerdil macam aku ni kadang2 mana perasan buat salah selagi orang tak tegur. Kalau benda yang nak ditegur tu membawa kebaikan kepada aku dan semua orang, tegurlah elok2, guna ayat yang sopan dan jangan sampai teguran menyakitkan hati orang. Bila ayat kurang ajar digunapakai, itu namanya bukan cari kawan tapi cari musuh. Konsepnya senang je, kalau orang tegur dengan kurang ajar, agak2 kita ni akan sakit hati atau berubah ke arah lebih baik? Bagi aku kalau teguran tu elok, insyaAllah aku berubah dan boleh minta maaf akan kesalahan aku tapi kalau teguran tak berasas ditambah pula dengan penggunaan bahasa kurang sopan, sorrylah bukan aku tak mahu ambil peduli tapi ayat ko buat aku begitu.

Isu perspektif.
Setiap orang membesar dalam persekitaran berbeza. Jadi kena faham kenapa orang punya perspektif berbeza akan sesuatu hal. Contohnya ko pergi satu pasaraya ABC yang besar dan memang popular. Ada orang yang dibesarkan di bandar mungkin akan kata pasaraya ABC ni kolot, yela sebab disekeliling mereka ada banyak lagi pasaraya yang gah. Tapi bagi orang kampung, mesti dia rasa seronok dan teruja dapat g pasaraya ABC tu sebab di kampung mana banyak pasaraya. Itu tak bermakna pasaraya ABC tu tak megah atau hebat. Cuma perspektif berbeza dek kerana kita dibesarkan dalam keadaan berbeza.

Isu entri.
Aku tulis berdasarkan pengalaman dan ilmu yang aku ada, apa yang aku suka, apa yang aku tak suka dan apa ilmu yang aku boleh kongsi. Setiap entri tu pandangan dan pendapat aku sendiri. Tapi ada orang tak boleh terima akan pandangan aku walau apa yang aku tulis tu fakta. Ni aku tak faham, bukan kita sepatutnya ada rasa hormat akan pendapat orang lain ke? Aku bagi contoh durian. Ada orang suka durian, ada orang tak suka. Ada orang kata durian wangi, dan ada yang kata boleh buat pening kepala. Ko tak boleh marah orang yang tak suka durian atau sebaliknya. Dah nyata di sini bukan salah durian tapi sifat manusia itu sendiri memang begitu. Bukan semua orang ada kesukaan dan pendapat yang sama. Jadi, kenalah hormat dengan pendapat orang lain. Setiap orang pasti ada asas tertentu akan pendapat yang diutarakan tak kiralah pendapat tu betul atau salah.

Apapun terima kasih buat sesiapa yang komen dalam blog aku yang tak seberapa ni dan sudi jadi kawan aku di alam siber mahupun dunia realiti. Ku harap setiap kita ni akan melihat sesuatu dari sudut kebaikan sebelum melemparkan fikiran negatif. Maaflah jika ada entri aku mengguris hati sesiapa. Buat anon tu, aku minta maaf kalau entri aku hari tu buat ko terasa hati, sesungguhnya entri tu ko sedia maklum setiap inci ayat tu adalah fakta. Entri aku ni diharap mencerahkan lagi kekusutan yang ada, ku harap ko mengertilah kenapa entri aku hari tu macam tu. Dan komen ko tu, biarlah aku dengan ko je yang tahu.. Seperti kata Prof Muhaya, kalau orang buat salah, kita patut kasihan pada dia, mungkin dia kurang ilmu. Jadi aku anggap tindakan ko tu barangkali disebabkan ko tak tahu lagi akan ilmu teguran berhemah.

You Might Also Like

2 comment

  1. Excellent Post, Mel! Samalah kak lin pun. baru belajar menjahit sehari, mcm nak tunjuk pandai buat blog kononnya. padahal niat sekadar sebagai 'nota' utk diri sendiri dan sapa2 yg baca, mungkin dlm tak ramai tu, ada yg baru belajar mcm kita ni, dpt jugak manfaat sikit sebanyak.

    ReplyDelete
  2. Moga kita dapat manfaat atas niat kita nak kongsi ilmu dengan orang lain tu kak lin. Amin ^^

    ReplyDelete