Sewing

Handmade | Plain Dress

11:21 AM

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. 
Alhamdulillah siap sudah satu lagi dress. 
Aku ni bersaiz S, jadi agak susah nak beli baju. Kalau ada yang cantik, belum tentu ada saiz S. Kalau ada saiz S, belum tentu cantik. 
Adoi...Jadi buat sendiri baju, memang memudahkan. Boleh buat ikut patern mana yang nak.
Dress ni percubaan pertama jahit baju guna kain jersey. Ya ampunnn, senang amat kain jersey ni dibuat baju. Tak macam kain chiffon tertarik sana, tertarik sini. Memandangkan kain ni kualitinya bagus, langsung tak terburai benang2nya walau tak jahit tepi. Yang penting kain ni tak perlu digosok langsung, tetapi licin je. Pakai pun sejuk je. Oleh kerana ini percubaan pertama, jadi simple saja patternnya, hanya kuletak riben di tepi lengan dan leher. Alhamdulillah


You Might Also Like

2 comment