بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum.
Adanya seorang wanita yang mengahwini seorang lelaki di zaman Rasulullah yang bernama Julaibib. Julaibib mempunyai rupa parasnya kurang menarik, tidak kaya dan tidak jelas keturunannya. Tetapi kerana cintanya wanita ini kepada Rasulullah s.a.w dan Allah s.w.t, dia mengahwini Julaibib.
Wanita yang sangat solehah ini didoakan keberkatan hidupnya oleh Rasulullah s.a.w.
"Kurniakanlah kepadanya segala kebaikan Ya Allah, jangan bagi susah sedikit pun"
Para ulama berpandangan, berkat doa Rasulullah kepada isteri Julaibib yang merupakan keturunan Madinah ini menyebabkan wanita Madinah pada hari ini mempunyai akhlak yang mulia, menawan, hartawan, ada anak yang ramai dan penyayang.
~ Ustazah Norhafizah Musa

Bagi yang belum berkahwin, pilihlah pasangan hidup yang membawa kehidupan ke jalan yang diredhai Allah s.w.t. Bagi yang telah berkahwin, penuhi dada dengan ilmu dunia dan akhirat. Semoga keluarga dan keturunan kita tergolong dalam golongan yang soleh dan solehah.
Aamin. Wallahualam.
1 comment
syukran atas perkongsian, moga diberi jodoh yg dapat mendekatkn kita kpd Maha Pencipta :)
ReplyDelete