Agama Islam

Dahulukan ibu bapa

8:44 AM


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Barangsiapa yang hidup sezaman dengan Nabi s.a.w. dan boleh melihat Nabi maka ia dipanggil sahabah. Dikisahkan ada seorang Tabi'in yang bernama Uwais Al-Qarni yang hidup sezaman dengan Nabi, yang mana Nabi berada di Madinah dan Uwais berada di Yaman. Boleh saja untuk Uwais melihat Nabi tetapi tidak dapat, tiada peluang. Maka tinggal rindunya kepada Rasululullah s.a.w. Cerita tentang Nabi telah sampai kepadanya, dalam hatinya ada rindu dendam untuk melihat wajah kekasih kesayangannya baginda Rasulullah s.a.w. Tetapi sepanjang hidupnya, Uwais tidak dapat bertemu dengan Nabi.

Kata para ulama, yang menghalang Uwais dari bertemu dan melihat sendiri wajah Rasulullah s.a.w. kerana disisinya ada seorang ibu yang tua. Tak mungkin dia meninggalkan ibunya di Yaman untuk bermusafir ke Madinah. Bagaimana dengan makan minum ibunya, bagaimana dengan sakit pening ibunya. Maka disimpanlah cintanya kepada Rasulullah hingalah kewafatan Baginda.

Bila mana Nabi berkata kepada para sahabat. 'Wahai sahabat, ada seorang Tabi'in namanya Uwais. Kalau ada rombongan dari Yaman yang berjumpa dengan kamu, tolong tanyakan tentang Uwais. Tandanya Uwais pernah pindah ke sebuah daerah yang bernama Qarun, pernah sakit sopak kemudian sembuh, tandanya dia seorang yang sangat berbakti kepada ibunya. Kalau kamu berjumpa dengan dia sahabatku, tanyalah dengan dia, mohonlah dengan dia, supaya dia berdoa kepada Allah s.w.t. agar dosamu diampunkan'. Walaupun tidak dapat bersua muka, cintanya dapat dirasai oleh Rasulullah s.a.w. Malah cintanya diangkat sampai pada Nabi, doanya menjadi doa yang makbul.

Saidina Umar telah dapat berjumpa dengan Uwais Al-Qarni, lalu dia berkata 'Wahai Uwais, doakanlah keampunan Allah untukku'. Kemudian dia melanjutkan perjalanannya ke Khufah dan dia bertanya kepada Uwais, 'Nak tak kamu kalau aku minta gabenor Khufah layan kamu baik-baik?' Uwais menjawab 'Tidak, saya selesa bersama-sama dengan orang yang miskin'.

Diceritakan juga, Uwais ingin mendukung ibunya untuk menunaikan haji. Selain itu, Saidina Umar dan Saidina Ali sentiasa mencari2 Uwais Al-Qarni untuk memohon doakan mereka. Ini kerana kebaikan yang Uwais lakukan terhadap ibunya menyebabkan doanya mustajab.

Kebaikan berbakti kepada ibubapa:
1. Allah angkat martabat diri
2. Doa anak2 makbul
3. Menghilangkan kesusahan dan kesempitan hidup

Utama dan dahulukan ibu dan ayah ~ Tanyalah Ustazah

You Might Also Like

3 comment