Sarawak

m.i.r.i

8:39 AM

Cuci mata ke miri.

Permandangan biasa sempena musim durian. Sana sini ada jual. Tepi jalan, di pasar mahupun bawah bus stop, mana2 ada orang jual durian/rambutan.

Miri ni banyak shopping complex. Dari barang murah ke barang mahal, dari barang berjenama mahupun tak berjenama, semua ada. Orang Brunei suka shopping di Miri ni, jadi memang banyak tempat makan dan juga hotel. Hotel mahal, 5 star mahupun hotel biasa yang semalam RM90 pun boleh didapati di sini. Hujung minggu memang sesak dengan pengunjung esp sekarang ni ada sale sempena krismas, memang penuhla orang. Kekadang tu waktu puncak jalan masuk pun jem, inikan nak lunch, memang takde tempat kosong.



Aku suka betul dengan ayam goreng keluaran SugarBun ni. Sedap! Hubby ku kata, sugarbun ni hanya terdapat di sarawak, tak tahu la. Tapi rasanya ni 1st time jumpa ada kedai yang jual nasi, jual sup, jual roti dan jual kek di satu kaunter. Kitaorang jalan2 je, niat nak ke muzium tapi tutup pula. Nak pergi ke pantai, tapi kesuntukan masa. Sebab tu gambar pun tunggang langgang, main snap je. Sebelum pindah tempat lain, harus ku jelajah Sarawak dulu. Yeahhh ^^


You Might Also Like

3 comment

  1. Terakhir berkunjung ke Miri pada tahun 1996.... tinggal di Mega Hotel, dan pertama kali makan buah dabai!

    ReplyDelete
  2. wah! cuti2 malaysia ye Mel.. tun bila bosan2 duk bintulu selalu gak turun miri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah..kalau selalu ke miri, boleh menyinggah dulu ke rumah mel..Seperlaluan aja..Boleh kenal2 ^^

      Delete