IKAN

Ikan Siakap Kukus Serai

8:30 AM


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Pagi-pagi tayang ikan siakap kukus la ye. Mana tahu ada yang ingin mencuba tengahari nanti. Resepi dari chef terkenal, Chef Hanieliza dari buku 1 Hari 1 Resepi. Senang betul nak buat ikan siakap kukus ni. Banyak kali juga mengukus siakap dengan resepi ni. Hiris sini, hiris sana, masuk je semua, dah siap. Hasilnya wallahhh sedap hingga menjilat jari. Rasa pedas dan lemak kuahnya, rasa manis ikannya memang licin pinggan. Aku hidang dengan air asam kegemaran, alhamdulillah kenyang.

Ikan Kukus Serai

Bahan A
1 ekor ikan siakap/kerapu
Sedikit garam (jika perlu)
1 sudu makan sos ikan
1/4 cawan air
3 batang serai (ketuk)
Sedikit daun ketumbar/daun sup
Sedikit bacuhan tepung jagung - aku tambah

Bahan B (hiris)
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
2 in halia
5 bj cili padi
1 bj cili merah (jika suka)

Cara membuat:-
1. Bersihkan ikan dan sapu garam pada seluruh ikan
2. Masukkan semua bahan ke dalam kuali
3. Masakkan ikan dengan api yang kuat selama 15 min
4. Hidangkan dengan nasi putih.


You Might Also Like

0 comment