DAGING

Rendang Daging Hitam Manis

4:22 PM


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Syukur ke hadrat Ilahi dapat berkongsi resepi untuk juadah tengahari tadi. Hari ni buat rendang la ye. Teringin mahu makan daging. Daging hari raya korban hari tu pun masih berbaki lagi. Alhamdulillah sedap sungguh resepi daging ni. Dipuji melambung oleh hubby. Disajikan dengan nasi minyak Terengganu, memang bertambah makan tengahari tadi. Sebelum ni digandingkan dengan ayam dendeng, kali ni dengan daging pula. Nasi minyak ni memang biasa buat dan menjadi kesukaan kami berdua. Masak lebih sikit daging ni untuk dibawa ke malam. Ada projek mahu disiapkan jadi malamnya nanti tinggal panaskan sahaja. Syukur alhamdulillah dengan semua rezeki. Tq SBK untuk resepinya!

Rendang Daging Hitam Manis

Resipi ~ Chef Hussin Khan @ Studio Masakan Chef Hussin

Bahan²

600 gm daging lembu - dipotong kecil

2 batang serai - diketuk

5 sudu besar kerisik

3 sudu besar kicap manis

2 sudu besar cili giling

200 ml santan kelapa

2 batang kayu manis

3 kuntum bunga lawang

20 gm daun kunyit - dihiris halus

Garam dan gula secukup rasa 

Minyak untuk menumis


Bahan² Kisar

7 ulas bawang merah

5 ulas bawang putih

30 gm halia

20 gm lengkuas


Cara²
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama cili giling hingga naik baunya.
  2. Masukkan bunga lawang, kayu manis dan serai lalu ditumis seketika.
  3. Tambahkan kicap manis dan kacau sebati.
  4. Masukkan daging dan santan. Masak hingga daging empuk.
  5. Kemudian masukkan kerisik dan kacau rata.
  6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  7. Taburkan hirisan daun kunyit dan gaul rata.
  8. Angkat dan sedia untuk dihidang.

You Might Also Like

4 comment

  1. rendang daging hitam yang menarik...

    ReplyDelete
  2. @yunid@ti Menarik rupanya, rasanya pun sedap!

    @Hnahdy Hubby suka nasi yang berwarna warni. Comel katanya. Layankan saja.hihi ^^

    ReplyDelete
  3. nampak menarik..tiba2 rasa nk try buat la esk! tq for sharing :)

    ReplyDelete