Info

Perihal Tukar IC Baru

4:09 PM

Assalamualaikum. Alhamdulillah sudah buat kad pengenalan baru. Walaupun orang lain dah buat lama, tapi aku baru siap buat. Sekembalinya aku ke semenanjung raya haji ritu, sempat curi2 masa buat juga. Memandangkan tak berapa tahu sangat pasal prosesnya, jadi main terjah Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Segamat. Buatnya senang aja, ambil no, bagi ic lama, bayar RM10 dan tangkap gambar dah siap. Nanti dia akan tanya kita nak guna alamat sama ke untuk ic baru. Ic lama dia pulang semula.

Menurut orang di kaunter tu, akan siap dalam tempoh 2 bulan. Memandangkan aku ni duk di Bintulu dan tak tahu bila boleh balik lagi, so senang cite buat di Segamat tapi ambil di Bintulu. Ya, bagi yang tak tahu kita boleh ambil kad pengenalan baru yang kita buat tu di JPN lain. Nak tahu dah siap ke tidak, boleh check di laman web JPN saja. Alhamdulillah ic baru ni siap dalam tempoh tak sampai sebulan. Tapi bergantung pada JPN la, kalau buat di Putrajaya kalau tak silap dalam 1 jam@1 hari dah siap. Kena check kembalilah ye info ni.

Part aku suka pasal pejabat kerajaan Bintulu ni semua memusat, terletak di suatu tempat. Senang nak cari. JPN Bintulu terletak di sebelah Pejabat Pos Malaysia. So kalau ada urusan di kedua-dua tempat, memang senang je sebab sebelah-menyebelah.

Cuma itulah aku sampai jam 8.50 pagi tapi di luar ramai orang. Ingatkan memang orang saja tunggu di luar tapi bila masuk ke dalam makk aiii ramainya orang. Bahagian dalam sangat penuh. Di luar siap ada tempat duduk dan no giliran lagi. Memang berbeza dengan JPN Segamat yang sepanjang masa lengang. Aku tak tahu hari lain tapi orang di kaunter tu kata setiap hari Isnin keadaan di JPN Bintulu ni memang begini.

Ambil no di kaunter pertama dan aku tunggu dalam tempoh 1 jam, baru selesai urusanku. Bagi aku yang sekadar nak ambil ic ni mungkin tak lama. Bila dipanggil, beri ic lama, scan ibu jari dan dia pulang balik ic lama yang telah ditebuk bersama ic baru. Barangkali ada orang lain yang tunggu lama, dengan bawa anak lagi, kesian aku tengok. Menurut orang di kaunter tu, 50 no sahaja akan diberikan untuk setiap urusan pada waktu pagi. So, kalau dah cukup 50, kena tunggu petang la pula. Pengalaman macam ni bagus juga, mengajar erti sabar sebab di JPN Segamat memang tak berapa ada orang tapi di JPN Bintulu ni memang ramai la orang kan. Kami memang terkejut pada mulanya dan hubby sempat melawak lepas Subuh kot diaorang ni datang beratur dah, ramai betul. Apapun alhamdulillah ic baru dah ada walaupun gambarku kabur.. ^^


Box ni memang ada di setiap kaunter JPN. Masukkan kertas angka giliran tu di bahagian mana2 ye. Kalau rasa orang di kaunter tu senyum dan beri layanan yang bagus, bolehla masukkan di bhgn pertama kiri tu. Tapi macam tak berapa praktikal pun ada, sebab bila orang dah ramai sangat dan semua nak cepat, mana sempat nak masukkan dalam tu. Tapi satu usaha yang bagus juga.

You Might Also Like

4 comment

  1. ramainya... harap dapat bersabar...

    ReplyDelete
  2. JPN Melaka buat IC cuma amik masa 2jam jek....

    ReplyDelete
  3. @YUNID@TI tula..alhamdulillah dah setel

    @amieda senanglah orang di Melaka ye. G apply sambil2 tunggu 2 jam boleh shopping2 dulu ^^

    ReplyDelete
  4. whooaa sikit pny ramai. tak buat lg ic baru. klu nak buat kena dtg awl.. senang... cepat selesai

    ReplyDelete