DAGING

Daging Salai Masak Lemak Cili Padi

8:24 AM


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Monday blues kah anda hari ini? Jom kita jamu mata dengan daging salai masak lemak cili padi ni. Mana tahu ada yang kepingin, boleh buat/cari tengahari nanti. Hidangan ni buatnya Jumaat lepas. Memang sedap. Rasa bau daging tu di salai, dengan pedasnya memang menambah selera makan. Lagi-lagi dengan musim tengkujuh ni, makan daging ni panas-panas, sedap sungguh. Alhamdulillah


DAGING SALAI MASAK LEMAK CILI PADI DENGAN BELIMBING BULUH

Bahan-bahan:-
300g daging batang pinang
*3 ulas bawang merah
*20 bj cili padi
*1 in kunyit hidup
*1 batang serai
5-6 bj belimbing buluh
1 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
Garam dan serbuk kunyit
Sedikit minyak

*Tumbuk
Kaedah:-
1. Lumur daging yang telah dibersihkan dengan serbuk kunyit dan garam. Perap semalaman. (Tak perap pun tak pe)
2. Salai/panggang daging di atas pemanggang hingga luaran sedikit terbakar. (Jangan penggang terlalu lama hingga daging kering). Angkat dan hiris nipis daging melintang urat.
3. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk hingga kekuningan.
4. Masukkan daging dan biarkan hingga bahan tumisan sebati dengan daging.
5. Masukkan santan cair. Kacau dan masak seketika dalam api yang perlahan (5-10min).
6. Setelah mendidih, masukkan santan pekat. Kacau sebati.
7. Masukkan belimbing buluh dan sesuaikan rasa
8. Setelah mendidih, matikan api dan sedia untuk dihidang.

**Jika guna daging batang pinang, tak perlu masak dengan lama (Kaedah 5)

You Might Also Like

5 comment

  1. @yunid@ti Serius memang sedap! ^^

    ReplyDelete
  2. Kecurr liur tengok menu daging salai masak lemak cili api... adeehhhh... salam kenal..

    ReplyDelete
  3. @Amie Salam kenal dear. Dah kecurrr tu kena buat tu...Kepingin nanti ^_^

    ReplyDelete