BUBUR

Bubur Labu Manis

4:09 PM


Assalamualaikum. Lama dah nak makan bubur ni. Baru hari tu berkesempatan buat setelah jumpa ada orang jual labu yang agak kecil. Biasanya jumpa yang agak besar, jadi risau pembaziran berlaku jika dibelinya juga. Yela kalau labu ni dibuat sayur, memang tak dijamah. Buat bubur je kami berdua makan. Barangkali bukan kebiasaan makan sayur labu, itu yang tak berapa makan tu. Dulu mak selalu masak tapi dah tak bujang lagi ni, buat sendirila. Resepi mak yang memang mudah nak buat. Bila dah buat, rasanya memang ohhhh heavennn...Sedap sungguh..Alhamdulillah takde yang dibuang, semuanya licin

Bubur Labu Manis
Resepi:  mel

Bahan:
1 kg labu

*1 kotak santan KARA
*1 mangkuk air (*satukan)
2 sb gula merah
4 sb gula pasir
1 helai daun pandan
Sedikit garam


Cara:
1. Bersihkan labu dan potong dadu. Basuh dan toskan.
2. Masukkan labu dalam peiuk  bersama bancuhan santan.
3. Masukkan gula merah, gula pasir, daun pandan dan garam.

4. Masak dalam api perlahan hingga labu lembut dan mencapai kepekatan yang diingini
5. Sesuaikan rasa. Boleh tambah jika kurang manis atau kurang air.
6. Sedia untuk dihidang.

You Might Also Like

3 comment

  1. salam mel.. tun suka makan labu ^^ wat sira paling best.. kalau labu besar, purikan lepas tu blh simpan dlm freezer..

    ReplyDelete
  2. wsalam. masalahnya freezer dah penuh sangat. Bandar jauh kan, jadi bila borong sekali banyak. Kena beli lagi satu gayanya. ^_^

    ReplyDelete