بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum. Bertemu lagi kita di petang Rabu ni. Cuaca luar rumah sekarang mak aiii mendung. Alhamdulillah hujan turun tak berhenti sejak malam tadi. Matahari memang tak jumpa hari ni. Habis hujan, mendung tiba tak berarak pergi. Ok..sudah melalut di situ. Nak cerita pasal AHB atau Amanah Hartanah Bumiputera. Aku suka betul iklan promosi dia. Sangat kreatif! Sudahkah anda membuat pelaburan untuk masa depan? Memandangkan aku punya permohonan KPF diam begitu sahaja, alhamdulillah diberi rezeki melabur di AHB ni. KPF 1 sudah penuh, KPF 2 tak tahu la apa cerita, ASB pun dengar cerita dah penuh, jadi AHB pilihan terbaru. AHB ni terbaik sebab mengikut syariah, zakat pun dah siap potong. Jadi tak perlu risau samada ikut landasan agama Islam atau tidak.
AHB ni sama seperti ASB iaitu khusus untuk Bumiputera sahaja. Masa aku memohon, pekerja bank tu kata ramai orang dah beli dana AHB ni. Dan di Lembah Klang memang macam goreng pisang panas. Di Kuching pun tengah hebat orang memohon. Di Bintulu ni banyak lagi. Pastu pelaburan ni agak selamat sebab dipantau oleh kerajaan. Berbanding pelaburan hartanah yang lain di luar sana, bayaran yang diperlukan untuk memohon AHB ni agak rendah. Biasanya pelaburan hartanah lain memerlukan sebanyak RM10k untuk permohonan. Tak tahulah betul ke tak pekerja bank tu kata kan. Permohonan hanya boleh dilakukan melalui bank Maybank sahaja. Duit permulaan haruslah sebanyak RM500 dan minima gandaan RM100 diperlukan setiap kali nak buat tambahan. Dividen dibayar 2 kali setahun.
Bila dah siap memohon, korang akan dapat slip permohonan dan juga prospectus. So, kalau rasa banyak duit, melaburla ye. Korang yang baru bekerja dan masih bujang tu, dan takde banyak komitment sangat tu melabur la banyak-banyak. Nanti senang nak mendirikan rumahtangga, tak la penat dan runsing nak cari duit seduduk banyak-banyak sampai 20-30k kan. hihi
0 comment