KPF | Koperasi Permodalan Felda
Dh 20 tahun+ hidup di bumi bertuah Malaysia ni tapi baru tahu ada benda ni
Itu pun sebab duit kat bank tak tau nak labur di mana
InsyaAllah, ada la rezeki melabur kat KPF ni nanti kalau diluluskan
Bagi yang tak tau, KPF ni special utk org FELDA sahaja
Baru-baru ni dah diumumkan yg KPF 1 tak leh join dah coz dah penuh, so bagi generasi FELDA kedua, boleh join KPF 2 yang telah dibuka
Ramai gak yang join coz dividen yang agak tinggi atau dalam erti kata lain, sejak ditubuhkan dividen tak pernah kurang 10%
Ada 6 golongan yang boleh join.
Kalau korang termasuk dalam golongan ni, sila join ye
1. Peneroka
2. Isteri peneroka
3. Anak peneroka
4. Kakitangan
5. Isteri kakitangan
6. Anak kakitangan
Cara nak join:
1. Mintak borang dekat pejabat FELDA kat tempat korang @ download kat laman web HERE @ g Main Office FELDA kt KL . Paling senang minta kat pejabat felda kt tmpt anda
2. Hantar borang bersama dengan: (Nak senang hantar ke pejabat felda tmpt anda)
- Satu salinan IC
- Salinan slip gaji/penyata pendapatan (Jika anda bekerja)
- Bayaran masuk RM20 (Beli wang pos RM20 kat pejabat pos)
- Salinan slip gaji/penyata pendapatan (Jika anda bekerja)
- Bayaran masuk RM20 (Beli wang pos RM20 kat pejabat pos)
- Satu salinan IC Suami/Bapa/Emak (Aku letak nama ayah aku dalam borg, jadi IC ayah kena photostat)
- Satu salinan sijil perkahwinan
- Surat Pengesahan Pengurus Rancangan/Majikan (Kalau hantar ke pejabat felda tmpat sendiri, yang ni xyah la buat. Diaorg akan uruskan)
- Satu salinan sijil perkahwinan
- Surat Pengesahan Pengurus Rancangan/Majikan (Kalau hantar ke pejabat felda tmpat sendiri, yang ni xyah la buat. Diaorg akan uruskan)
Lepas tu?
Lepas dah hantar borang ke pejabat felda anda, nanti diaorang akan hantar borang yang siap diproses ke pejabat felda di KL.
Nanti kalau diluluskan, korang akan dapat no pengesahan/akaun dari pihak KPF sendiri
Then, baru boleh melabur dalam KPF ni.
Cara melabur:
1. G maybank
2. Isi borang macam nak simpan duit tapi guna no yang pihak KPF dah bagi
3. Selesai
4. Kalau xphm, tanya kaunter maybank ye
4. Kalau xphm, tanya kaunter maybank ye
Itu je info yang aku tau dari my dad yang dah ada nama dalam KPF 1
Aku punya borang pun tengah proses lagi, katanya pas 3 bulan boleh dapat tahu keputusan.
Tunggula ye aku update lagi tentang KPF ni
Tunggula ye aku update lagi tentang KPF ni
Kalau ada info kat atas ni yang silap, harap diperbetulkan
Harap sangat permohonan diluluskan. Tak sabar nak melabur
Bagi anak FELDA, please rebut peluang ni
Walau sikit pun anda melabur, tapi ini untuk jangka masa panjang!
Lama-lama jadi bukit kn?
More info? Boleh layari KPF
0 comment