بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Selamat pagi. Menu breakfast pagi ni yang simple! Walaupun simple tapi tang ikan masin sepat tu memang buat menu ni tak boleh ditolak. Kalau ayah aku tu selagi ada stok ikan masin sepat ni di rumah, boleh dikatakan setiap kali makan mesti ada. Kalau takde orang nak tolong gorengkan, dia rajinkan diri goreng sendiri. Yela makannya tak tentu waktu. Kadang2 masa mak g ambil adik di sekolah, jam tu baru pulang. Jadi tiada orang di rumah yang boleh layan. Anak2nya ramai tapi semua duk jauh. Sorang duk di timur, sorang di barat, sorang di utara dan akulah paling jauh di Sarawak. Bila cuti baru riuh rumah, baru boleh tolong2. Adoi..lambatnya bulan 10, nak balik Johor..
Dulu masa zaman persekolahan mak aku memang masak pulut pagi2 untuk dimakan dengan ikan masin ni. Tapi biasanya pulut tu ditanak macam nasi, letak minyak dan garam sikit. Siap! Kadang2 tu makan kerak pulut yang sikit2 hangit tu. Sedap wooo...nostalgia betul! Aku kepingin mahu makan jadi ku rajinkan diri mengukus pula pagi2 ni. Masa makan aroma daun pisang tu...wangi betul! Aku belumpun menjangkau usia 30an tapi tang nostalgia tu memang tak boleh lupa ^^
Resepi ni aku memang selalu buat. Kadang2 aku hidangkan dengan kari ayam, kadang2 kalau rajin sikit aku masak rendang. Sedap! Tapi esok lusanya lenguh kaki aku gara2 makan pulut ni.. Adoi!! ^^
PULUT KUNING
Resepi: Kak Ummi
Bahan:- (sukatan 2 orang)
1 kilo beras pulut (1 cawan nasi)
(*rendam semalaman/selama 4-5 jam dengan serbuk kunyit dan 2 keping asam gelugur)
2 cawan santan pekat (1 cwn)
3 helai daun pandan (ganti daun pisang)
2 sudu kecil garam halus (1sk)
Cara Memasak:-
1 kilo beras pulut (1 cawan nasi)
(*rendam semalaman/selama 4-5 jam dengan serbuk kunyit dan 2 keping asam gelugur)
2 cawan santan pekat (1 cwn)
3 helai daun pandan (ganti daun pisang)
2 sudu kecil garam halus (1sk)
Cara Memasak:-
1. Masak air dalam periuk kukus biar didih.
Sementara itu, buang air rendaman pulut dan basuh sekali lagi pulut.
2. Masukkan perlahan-lahan dalam periuk kukus (berlubang) dengan di alas daun pandan bersilang-silang.
3. Kukus pulut selama lebih kurang 30 minit/hingga pulut kelihatan kembang. Balik-balikkan pulut satu kali semasa pertengahan kukus. Sementara itu, dalam bekas lain, masukkan santan dan garam, kacau rata.
4. Bila pulut telah kembang, perlahankan api dan angkat pulut, tuang dalam bekas besar, masukkan santan tadi sedikit demi sedikit, kacau rata.
5. Masukkan sekali lagi dalam periuk kukus berlubang dan kukus sebentar (-+ 5 minit).
6. Angkat dan ratakan pulut dalam periuk lain, dan letak sebentar atas api paling kecil selama -+ 10 minit.
7. Hidang
IKAN MASIN SEPAT
1. Basuh sedikit ikan masin sepat.
2. Goreng dalam api sederhana kuat.
3. Hidang.
0 comment