بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum. Menjengah syawal hari ke 17. Bagaimana dengan puasa sunat enam hari? Sudah dilunaskan ke belum? Jika belum mungkin boleh mulakan dari sekarang, jika tak biasa mungkin boleh bertatih dulu. Tahun-tahun seterusnya insyaAllah akan menjadi amalan berpuasa sunat ni.
Kuih siput ni memang menjadi kegemaran kami sekeluarga. Nak buat memang agak leceh tapi nak membeli takut membazir pula. Kebiasaannya tak cukup syarat, keras la, lemau la mahupun lembut sangat.
Resepi ambil dari majalah Saji ni memang tak menghampakan. Ada balance sikit lagi buat sebelum syawal hari tu tapi bila makan masih terasa rangup, sedap dan tak keras. Sedang-sedang je rasa dan kerangupannya. Memang tak rugi cuba!
Resepi: Majalah Saji
KUIH SIPUT
Bahan-bahan:
250g tepung gandum
*15g jintan manis
*15g jintan putih
*2 ulas bawang putih
*30g udang kering
5g serbuk lada
5g rempah kari
50g margerin
1 bj telur
Air secukupnya - Aku ganti dengan secawan santan pekat
Minyak untuk menggoreng
Gula dan garam secukup rasa
Cara menyediakan:
1. Kisar halus bahan bertanda (*).
2. Satukan bahan yang dikisar bersama tepung gandum, serbuk lada, rempah kari, margerin, telur, gula dan garam. Gaul sehingga sebati. Semasa menggaul masukkan air/santan sediit demi sedikit (hingga bentuk doh yang tidak melekat pada tangan).
3. Bentukkan adunana menggunakan acuan khas.
4. Goreng hingga kekuningan
0 comment